Monday, February 28, 2011

Kentang Bakar.......

Minggu lepas terlebih rajin.Tapi ai mmg rajin pun.xpe lah puji diri sendiri bukan selalu kan...kan..
Selalunya masakan yang ala western ni ai yang akan makan sorang.hubby ai xmakan sgt western , kecuali yang fastfood ur steak ,tu yang hilang semangat bila nak masak.Tapi ai suka masak, macam mana tu.Dan mereka yang menjadi mangsa2 untuk menghabiskan makanan yang ai masak adalah kawan2 opis. kat opis ai tu letak lah apa pun ,gerenti habis. sekejapan jurrr macam pirana. itu yang jadi rajin balik utk masak.kekadang jajan-jajan yg xabis kat rumah pun ai bawak pi opis janji makanan tu masih bersih dan elok.gerenti laaaa habis....bagi ai alhamdulillah janji ai xmembazir.
Kali ni ai nak tunjuk apa yang ai masak.sebenarnya datang idea masa beli potato baked kat pasar tani, balik rumah mcm biasalah kepala otak dah berangan-angan nak buat. tapi xde lah sama sebijik cam diaorang punya. Ni Potato baked versi Nurhuda hahahahaha.....selamat mencuba.

Bahan-Bahan:
1. 3 Kentang bersaiz besar (xkisah la kentang jenis apa pun )
2. 2 batang Frankfurter (xkisah ayam atau daging)
3. 3 kuntum Cendawan segar chitake (betul ker ai eje ni....heheehe)
4. Sos Spagethi
5. Cream Cheese
6. Mozarella Cheese
7. Sedikit lada hitam

Cara Membuatnya:

1. Cuci kentang sampai bersih dan rebus sampai separuh empuk.


2. Cincang frankfurter dan cendawan chitake kecil-kecil dan gaulkan bersama sos spagethi dan cream cheese hingga sebati.
3. kentang yang dah empuk tadi dipotong dua dan korek sedikit di bahagian tengah. lebihan kentang tadi boleh la digaul sekali dengan sos spagethi.

4. Kalau rajin balut la kentang tadi dengan almunium foil....kalau rajin la. tak payah pun xpe.
5. Masukkan campuran sos spagethi tadi ke dalam kentang yang telah direbus dan dikorek tadi.
6. Taburkan mozarella dan sedikit lada hitam diatasnya.
7. Bakar selama 25 minit dengan suhu 190'c -200'c


8. Dan terima la hasil nya........alamak sorry la gambar selepas bakar xsempat ambik...dah malam tertido plak nasib oven xrosak....kalau tidak hangusssss ......ngeeeeee.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...