Wednesday, November 30, 2011

TERUJA

Wahhhh.....makcik teruja betul ari ni tak sabar rasanye nak tunggu weekdays. nak tau kenapa?.........sebab ini lah.
Korang dah klik dah? klik dulu yea......baru leh baca seterus nya
"
'
'
'
'

'
'
'
'
'
'
'
'
'
Makcik xde lah nak tukar langsir satu rumah. cuma langsir bilik utama jur.Sejak duk kuaters tu smpi skrg xpernah tukar pun. Jangan kan tukar , basuh pun xpernah ko....hahahahha sila jangan geli ok.Dah nak dekat 4 tahun ok. Makcik nak cari kaler gelap biar cahaya panas kurang menembusi bilik. Sbb skrg langsir bilik makcik adalah kaler kuning kecoklatan. Agak kepanasan bila tidur waktu malam.
Bukan xnak beli utk 1 rumah.tapi bajet sudah lari la bulan ni. Lagipun makcik duduk kuaters jur. langsir area ruang tamu biar la sampai koyak baru leh tukar .hehehhe. Yang lain2 biar berwarna-warni. recycle jer langsir lama. huhuhu.dalam bilik jer pun xde org nak tengokkan .Lagipun makcik n HB sedang berusaha membuat saving lebih tiap2 bulan sekarang ni. Jadi nyer kenalah berjimat cermat.
Cuma berharap ari sabtu ur ahad ni HB makcik xkerja la yer. Malas nak drive sensorg,.......korang yang ade lebih bajet boleh la berkunjung ke Globe yea.....sebut jer ape yang MOON ajar tu yea. Boleh buat langsir untuk raya tahun depan...sempat lagi ni nak hantar tempah....hehehhehe.Dan jangan lupa baca blog Moon untuk tahu kisah Talib n Norma yang bisa meruntun jiwa anda.Doakan  Norma akan cepat sihat agar dia sentiasa dan bertambah  bahagia bersama anak n suami .AMIN.....



"

Sunday, November 27, 2011

aksi abby

Korang layan jer la gambar2 abby ni yer....anggap la si kurus ni penghibur tak berbayar yea......


best tak kalau mandi dalam ni yea/

Niat hati nak tangkap burung merpati atas bumbung....ko agak2 la abby oii...rumah kite ni tingkat 14 bukan tingkat 1


Bikin panas tul la burung ni

adehhh ...camna nak turun ni....

tonggeng sudah....


jangan kisahkan pokok timun yang dah mampos tu yea


akhirnya aku di dalam......


Mummy dapat kasut....kite dapat plastik pun jadi la.....layan



angry bird bunyi2 kite....

cayang dier...




PAVLOVA

Akhirnya........!!!!!! hari ni makcik gembira betul, akhirnya menjadi pavlova makcik. dah tak terkira berapa kali makcik try. yang geseng yang lembik toksah cakap la. teruja menengok nyerrrr.
Lepas makan kat Pizza Hut Alamanda makcik singgah cold storage, konon dan beli telur jer...pastu terpandang strawberi, pastu terpandang plak buah kiwi ...makcik beli  la ....makan2 buah sambil tengok TV kat rumah nanti. almaklumlah laki makcik kul 5 pi Bukit Jalil...tengok bola kate nyer.....Jadi nya makcik sensorang la kat rumah ngan Abby.
Sebelum sampai rumah makcik pi PICC jap. Ada warehouse sale Metrojaya kate nyer....Tapi seperti sebelum2 nyer. Warehouse sale kat PICC ni memang yang paling tak best. Balik melenggang jer la xde yang berkenan. minyak wangi pun nan ado......xpernah ku kenal minyak wangi jenis ape.
Kat rumah makcik tinggal ngan abby. Abby ni kalau lepas mandi , tidur sesaja......badan dah segar agaknya...sedap la dia tido. Makcik pun ape lagi, sementara si kurus tu tdo, ke dapur la makcik.bukan ape kalau si kurus tu jaga, ape makcik buat dia pun nak ikut buat.

Ikut resepi guna 4 biji putih telur. Tapi sebab takut tak jadi lagi......sebagai langkah mengelakkan pembaziran makcik guna 2 biji putih telur saje.Maka nya semua bahan2 makcik separuhkan. Resepi ambik dari Kak Zai kat sini. Mula2 bakar 50 minit.....pastu tengok alahai..... hati kecewa ...macam tak jadi lagi jer....tambah lagi  20 minit.....haaaaa dan akhirnya....sungguh membangga kan...please jangan muntah.
hasil nyer.....
 Disebabkan esok adalah hari cuti maka nya makcik bedal sensorang la yerk. nasib la 2 biji telur ajer...
Ok kenkawan sila tengok saja pavlova aku ni yer....tak sempat nak bawak g opis.....yum..yum....sungguh chewy dan xde la manis sangat walaupun makcik xkurang kan gula yang separuh tu.





p/s   Kalau makcik rajin ....n menjadi lagi ...insyaallah.....aku bagi kat korang yerk.....hehehehe












.

Sunday, November 20, 2011

clarks warehouse sale

 Dah lama juga makcik tak bersiaran. Adalah penyakit malas makcik makin menjadi-jadi. Nak pegi kerja pun dah terasa amat la malas sekali. huhuhu. Kekadang nak makan pun malas...hahaha...tapi tak gak kurus nyer khan.
Ok lah di hari minggu yang cerah ni macam biasa la. makcik tinggal sorang ngan abby.selalunya ari sabtu makcik tinggal sorang. tapi minggu ni hari Ahad. mesti korag dah tau kan nape makcik selalu duk rumah sensorang weekend. HB makcik kan workerholic....kah kah kah. tapi tak kaya2 gak kan .alhamdulillah walau tak kaya, hidup senang sikit. apa nak makan semua boleh dapat.HB makcik kan kerja kat JLKN jadi nyer hujung2 tahun ni amat la sibuk. tak hujung tahun pun sibuk gak wei....
minggu ni magic sikit sbb selalu hari sabtu HB makcik kerja, hari ahad duk rumah. Tapi minggu ni lain sikit .sebabnyer...haaaaa....pagi-pagi lagi makcik dah paksa HB hantar makcik pegi tempat ni.

Dah lama makcik tunggu2 sale ni. selepas terlepas bulan Mei punya tempoh hari makcik sentiasa check kat internet. kali ni pun hampir terlepas juga sbb lama tak bukak webpage shopping n sales. terperasan pun bila terbaca komen kat scholl sale. Apalagi waktu yang dinanti2 la khannn walaupun hujung2 bulan yang tengah sesak  ko.
Makcik kan pengguna clarks. Al-maklumlah kaki makcik kan ala2 bigfoot....hanya clarks yang selesa dikaki makcik.Pastu Clarks ni kan harga dia kalau tak RM200++ bukan la clarks namanya.Makcik xboleh nak pakai vincci , nose, carlorino, sembonia n etc. Bukan xde saiz tapi xselesa.Ada la gak beli sebelum ni . Tapi 2-3 kali pakai jer la pastu sedekah kat orang xpun tgu la reput dalam almari kasut.
Makcik n HB kuar rumah kul 9.45 pagi. Sampai Jaya One dalam Kul 10.30. Parking kat depan cold storage. Nampak la banner n bunting kat area cold storage tu. xsusah cari lokasi ni walau kali pertama sampai . sampai tempat yang di tuju orang tengah beratur , ingat pendek jer barisan tu...sekali hambik ko lebih 100m punya panjang.
 Macam tak sanggup jer rasa nyer nak beratur ko. makcik n HB pun cadang pegi ke bangunan sebelah untuk scholl punya sale. Hurmmmm penat jer jalan. kasut2 yang di jual amatlah tidak menarik perhatian makcik. dan kebanyakkan nyer adalah sandal yang end of season. pegi la menapak semula ke Jaya One. Hurmmmm  camna yerk nak pegi ari ahad HB plak kerja. Ahhhh nak tak nak beratur gak la makcik n HB akhirnya.


20 minit beratur. sauna free, korang ada?

Hampir setengah 45 minit baru lah makcik berada di tempat ini . tengok la berapa panjang daaa. Sabar yer jap lagi korang sampai la kat tempat makcik berdiri sekarang ni.hehehehe

Baru Sampai kat pintu masuk kawasan parking. ada sejuk sikit la sebab ada kipas disediakan. fuhhh lega.walaupun ada lebih kurang 50 meter lagi utk masuk hall.

Adalah perlu kesabaran pada setiap orang ketika beratur dan akhirnya selepas 1 jam dapat juga saya tengok tulisan entrance tu yer. tapi ada 20 meter lagi di depan.
Dan selepas hampir 1 jam beratur dapat la juga makcik masuk ke hall. time ni ko jangan nak memilih sangat. minta jer apa yang berkenan kat mata dulu. kendian baru tolak mana yang tak best n terlebih budget.kalau pakai clarks kaki makcik jadi kecik sikit sebab mak cik pakai saiz 7 hehehee. Tapi kalau kasut lain saiz 9 ur 10... kekadang xde saiz pun....kah kah kah.Dan amat lah bertuah kerana banyak saiz yg ada saiz 7....hoorray!!!!! saiz aku banyak. Tapi disebabkan makcik pegi hari kedua banyak gak la yang dah habis stock. nasib tak pegi hari ahad.kalau x tinggal sisa2 jer la. dan nasib juga la tak pegi hari jumaat. kalau tidak semua makcik nak sebat.selepas hampir 1jam memilih akhirnya makcik sebat 2 pasang kasut n 1 pasang sandal.HB makcik biasa la xberapa minat bershopping ni. Tapi dapat gak sebat sepasang kasut. Kasut bebudak pun banyak comel2 n murah2 belaka. berbaloi-baloi. tapi makcik lum diberi rezeki anak lagi xde la makcik beli. Nak beli kan utk abby xde saiz....kihkihkih.Korang cuci mata jer la yea tgk kasut2 makcik ni hehehehe.

BEAT BLOCK ....Dah lama aim kasut ni ....Harga asal adalah RM 298 .Makcik bayar RM 180

Sandal ni saje nak menghabis duit aku kan.........Tapi sebab dia merah ku sebat juga time ni harga dia RM 150.

Cantik tak kasut laki makcik, makcik yang pilih sbb yg dia pilih xlawa langsung.....hahaha .Harga asal lebih dari RM 350 tinggal RM 190 jer.

FRUITY PORT. Dah lama gak aim kasut ni......asal pg kedai clarks aku try. akhirnya dapat gak pakai.Harga asal lebih        RM 250 tinggal RM 180
hasil sebat menyebat dah menghabiskan duit aku dan menambahkan hutang kad kredit aku. nangis nak bayar bulan depan.

" Perghhhhh....... kasut saje RM 700" . Kate laki makcik.  "Ok B lepas ni kalau uda nak beli kasut B marah yea". hahahaha. Amat la berbaloi-baloi beratur selama 1 jam. Kerana hanya membayar RM 700 untuk 4 pasang kasut clarks yang kalau ikut harga sebenar adalah RM 1300++.
Kalau makcik punya kaki macam korang tentu makcik xhabiskan sampai  RM 700 untuk beli kasut. Tapi nak wat camna anugerah Tuhan amatlah di syukuri. Kerana kaki yang ala2 bigfoot ini la makcik boleh pakai kasut mahal2 ko hahahaha.
Keluar dari cold storage adalah kul 12.59p.m. perut pun dah lapar duit pun dah habis. pegi makan kat food court kg abu bakar baginda .lepas makan terus balik rumah. adalah laki makcik akan ke pejabat juga hari sabtu itu kerana org tak berenti menelefon. dan Hari ni dengan abby juga kat rumah.....


Saturday, October 22, 2011

aksi abby

gambar ni makcik ambik dalam kul 2 pagi. abby tdo kat bilik layan selimut bucuk dier. makcik tengok tv kat hall layan ustazah pilihan. tetiba abby keluar n landing kat depan makcik tengok tv dengan tenang. sama2 layan ustazah pilihan. kekadang terfikir, cerdik juga si abby ni....hehehehe. layan jer la gambar abby sebelum makcik nak layan tdo dah ni.....
abby baru lepas mandi

ini lah pembantu khas makcik.kesian sampai kurus kering dia.....




red velvet...kenapa x greenvelvet?


macam mimpi jer kan akhirnya makcik berjaya membuat red velvet. walau macam tak berapa nak gebu tapi rasanya . sedap nyerrrrr....sila jangan muntah .first time makcik tau pasal red velvet ni dari kak nani rostam la....best nyer kalau dapat rasa yang kak nani buat.lagi2 kalau dapat makan pavlova kak nani ( dalam kepala otak asyik pk nape aku buat pavlova xjadi ...hahaha ).

tapi makcik ambik resepi ni dari kak zai (teratak impian). kalau tgk blog kak zai ni, rasa macam nak buat semua yang kak zai masak. makcik xkesah nak buat sbb salah satu hobi makcik kan memasak . tapi........ sape nak makan. xbest la makan sensorang. HB makcik mana suke makan benda yang lain dari kebiasaan yang dia makan.kalau makan pun takat merasa jerrr. Jadi...rezeki geng2 opis la dapat makan yang makcik masak.
"aku tau sape bawak mesti kak uda kan,kak uda ni best la" ----> fahmy kate.
iwan kate plak " ni kak uda masak ker?....tipu" .
pie plak kate " oit....mana datang ni? tadi xde, tetiba plak ade" 
haaa itu la ayat2 xbleh blah adik2 makcik kat opis. tapi makcik suke tengok diaorang makan apa yang makcik masak. letak la ape ajer kat opis tu, gerenti licin......

kalau nak resepi red velvet ni sila la ke blog kak zai yea.....kat sini. kak zai minta resepi dari hanamemories yang dah kembali dari jepun ,teman suaminya study.kat blog Hana pun macam2 resepi ade.sape minat nak masak makanan jepun boleh la lawat blog hana yea. 

apa pun lepas ni makcik akan buat lagi dan lagi.... red velvet ni.first time buat xde la deko2 atas kek tu. akan datang pasti lebih menarik kan.mana tau lepas ni makcik buat green velvet plak....hahahaha. derhaka sungguh.

Friday, October 21, 2011

audit kualiti

Haaa tengok makcik dah start malas balik nak update n3. dah la penyakit malas satu badan kan.....huhuhu. tapi minggu ni memang makcik ngaku malas tahap gaban punya. kalau dari jauh tu dah nampak berseri-seri tahap kemalasannya. malas nak selak fail2 kerja n update BQ. rasanya la minggu ni makcik cuma tunjuk site kat kontraktor jur kerja mana nak buat .hurmmm pemalas sungguh kan. lagi bertambah malas bila tengok kerja2 kontraktor yang hasil nya....halamak ...dalam hati dah maki2 ----> eeee budak sekolah pun tak buat kerja mcm ni la mangkuk xde beza sebelum dan selepas .arghhhhh!!!! tension , nangis makcik.

lagi menambahkan alasan makcik untuk bermalas2an adalah benda ni.

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


 benda ni lah. makcik ni kan kunun nya juruaudit kualiti dalaman ISO. yea lah selepas letak  jawatan ketua dokumentasi ( padahal makcik dah xsanggup , sape yang sanggup weiiii. tdo xlena beb) makcik di lantik SEMULA sebagai auditor. pengsan. ade ko, xlalu nak pandang benda ni dalam waktu bermalas2 ....tapi gagahkan jugak lerrrr,sebab.......pengarah ngan makcik adalah satu group untuk tugas ni.hahahaha  nangis dalam senyum. ok jangan cuba bayangkan makcik buat camtu yea.


 group makcik audit jabatan ni n PRO. tapi makcik n pengarah audit PRO jurrr...lagi satu nyonya Lim buat sorang  hahahaha. audit yang lepas makcik audit sorang2 pun melayan si jawa tu kan.

lepas ni tunggu kedatangan SIRIM seperti biasa macam tahun2 yang lepas.....Daaaaaa

Monday, October 10, 2011

AL HIJAB

semalam makcik pegi kenduri kawin anak sepupu makcik kat sebelah rumah makcik kat kampung. sebenarnya tak ingat pun kenduri tu.padahal dia dah jemput awal masa kitaorang datang beraya. almaklumkan memori makcik ni loose sikit....sengal. Nasib la mak mok ( kakak makcik) tepon bagitau. itu pun dia tepon banyak kali makcik tak angkat. bukan tak dengar yea.......bateri hp makcik kingkong laaa. nasib juga kul 11 tergerak hati nak tengok tepon makcik tu.tak nak pegi melampau plak la kan. gagahkan juga la gosok baju dan berdesup balik kampung.  jimat la sikit duit makan tengah hari laki aku kan....hehehehe. berdesup pun makcik sempat gak bawak abby.

lepas jur balik kenduri ,lepak-lepak rumah mak. boring la plak. hurmmmmm apalagi ajak HB makcik pegi meroyan kat Jusco Bukit Tinggi la tengok wayang beb. lama dah makcik tak layan wayang sejak ada Astro First . 

"
"
"
"
"
"
"
"



makcik layan citer ni Al Hijab. makcik ni suke tengok citer hantu , tapi sebenarnya penakut beb. boleh kate sepanjang tayangan makcik pejam mata ko....hahahaha lawak.... baik xpayah tengok sengal .xde la pejam mata tutup rapat , sepetkan mata jurrr.
filem ni xde la seram giler...tapi seram gak la. sound n musik dia yang buat jadi seram . memang betul orang sakit jantung jangan la tengok citer ni .mau mati terkejut . anak2 dara dalam panggung tu asyik la menjerit sokmo.
pada makcik jalan citer filem ni simple. pasal rafael yang nak menghayati watak sebagai hero filem hantu. susah untuk dia menghayati watak jika diri dia tak pernah melihat hantu dan xpercaya tentang hantu.qiss kekasih raf bercerita pasal hijab. jadi dia pun berniat untuk membuka hijab mata untuk melihat hantu dan merasai  perasaan takut. jadi raf pun berjumpa dengan seorang makcik yang menghubungi nya melalui sms yang raf sendiri tak tahu macammana makcik tu tahu niat dia.
jalan cerita agak klise bila hijab raf telah dibuka bila makcik yang membuka hijab raf meminta izin untuk menutupnya semula tapi raf beri tempoh semalaman untuk menutupnya semula.dari situ  makcik dah tau apa akan jadi pada raf bila makcik tua tu cakap kunci hijab ada pada dia dan tak ada orang lain boleh menutup nya semula selain dia. korang yang belum tengok mesti dah tahu apa akan jadi kan. kalau tak tahu tengok la sendiri citer ni.
tapi makcik paling suka dengan watak Bell ngasri, munir ngan mamat indon yang tumpangkan raf naik pick-up. lawak giler la sakit perut makcik. pada makcik watak diaorang yang menyerikan al hijab. nak tau apa yang diaorang buat tengok jangan tak tengok.
kalau suh bagi star ,dari 5 star makcik bagi 4. sebenarnya 3.5 tapi sebab watak Bell n the gang jadi 4. hahahaha boleh...apa-apa pun pierre telah mengejutkan ramai orang dan buat orang histeria termasuk lah makcik. Tahniah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...