Monday, February 28, 2011

Kentang Bakar.......

Minggu lepas terlebih rajin.Tapi ai mmg rajin pun.xpe lah puji diri sendiri bukan selalu kan...kan..
Selalunya masakan yang ala western ni ai yang akan makan sorang.hubby ai xmakan sgt western , kecuali yang fastfood ur steak ,tu yang hilang semangat bila nak masak.Tapi ai suka masak, macam mana tu.Dan mereka yang menjadi mangsa2 untuk menghabiskan makanan yang ai masak adalah kawan2 opis. kat opis ai tu letak lah apa pun ,gerenti habis. sekejapan jurrr macam pirana. itu yang jadi rajin balik utk masak.kekadang jajan-jajan yg xabis kat rumah pun ai bawak pi opis janji makanan tu masih bersih dan elok.gerenti laaaa habis....bagi ai alhamdulillah janji ai xmembazir.
Kali ni ai nak tunjuk apa yang ai masak.sebenarnya datang idea masa beli potato baked kat pasar tani, balik rumah mcm biasalah kepala otak dah berangan-angan nak buat. tapi xde lah sama sebijik cam diaorang punya. Ni Potato baked versi Nurhuda hahahahaha.....selamat mencuba.

Bahan-Bahan:
1. 3 Kentang bersaiz besar (xkisah la kentang jenis apa pun )
2. 2 batang Frankfurter (xkisah ayam atau daging)
3. 3 kuntum Cendawan segar chitake (betul ker ai eje ni....heheehe)
4. Sos Spagethi
5. Cream Cheese
6. Mozarella Cheese
7. Sedikit lada hitam

Cara Membuatnya:

1. Cuci kentang sampai bersih dan rebus sampai separuh empuk.


2. Cincang frankfurter dan cendawan chitake kecil-kecil dan gaulkan bersama sos spagethi dan cream cheese hingga sebati.
3. kentang yang dah empuk tadi dipotong dua dan korek sedikit di bahagian tengah. lebihan kentang tadi boleh la digaul sekali dengan sos spagethi.

4. Kalau rajin balut la kentang tadi dengan almunium foil....kalau rajin la. tak payah pun xpe.
5. Masukkan campuran sos spagethi tadi ke dalam kentang yang telah direbus dan dikorek tadi.
6. Taburkan mozarella dan sedikit lada hitam diatasnya.
7. Bakar selama 25 minit dengan suhu 190'c -200'c


8. Dan terima la hasil nya........alamak sorry la gambar selepas bakar xsempat ambik...dah malam tertido plak nasib oven xrosak....kalau tidak hangusssss ......ngeeeeee.

DOAKANLAH

 ai xnak cite banyak ari ni sebab xcukup tido ni ngeeeee.tulah sapa suh iron baju smpi kul 3 pagi......hubby ai dah berdengkur kat belakang ai tunggu ai habis iron baju.letih katenya kena OT coz ari ni ada audit 5S kat opis.xpe lah B ai sangkut sendiri baju2 yg dah iron tu yerk...tapi ari ni jangan puleeek lupa lipat baju yang rendah sikit dari genting highland.hehehehehe. Bukan apa sebenarnya ai nak citer pasal kakak ai. sedih rasanya, itu takdir dia.ai xtau takdir ai macam mana kemudianya. semalam ai n family p melawat kakak baru lepas operation buang rahim. sebagai wanita inilah yg paling ditakuti.apalagi belum memiliki zuriat. tiada lagi hadiah yg paling istimewa dapat diberi kepada si suami iaitu zuriat.alhamdulillah sebagai seorang lelaki yang menyayangi isteri, si suami redha dengan apa yg berlaku. kakak ai seorang yg kuat . bila disahkan mengidap kanser rahim tahap 2 dia hanya mampu terdiam dan menangis hanya di hadapan kakak ai yg lagi seorang selain suami. tidak dihadapan emak ,sahabat atau ahli keluarga yang lain. malah tiada sahabat yang tahu apa yang sedang berlaku pada dirinya sekarang.mereka hanya diberitahu dia akan bercuti rehat panjang sahaja.kakak ai ada sbb sendiri kenapa dia buat begitu. tidak sampai sebulan dia di sahkan mengidap kanser rahim tahap 2 , pada sabtu kelmarin selamat menjalani pembedahan membuang rahim dan sel2 kanser, alhamdulillah. ai dapat gak la tgk keadaan rahim yg telah ditumbuhi sel2 kanser, amat mengerikan dan menakutkan. dari luar kita nampak ok tapi didalam.....????. itulah yg menakutkan dan merisaukan dengan keadaan diri ai sekarang. minta dijauhkan dan dilindungi diri ku. hanya doa dan sokongan yg dapat ai berikan kepada kakak ai. semoga cepat sembuh. nampaknya appointment akan datang ai akan cerita pada doktor apa yg berlaku kpd kakak ai .n minta doktor check betul2 keadaan diri ai. Doakanlah kakak ai cepat sembuh dan ai dijauhkan dari penyakit itu.amin......

Thursday, February 24, 2011

SAKIT

4 tahun lepas begini lah keadaan aku. setahun selepas tu keadaan kembali normal. dan sekarang keadan kembali kepada 4 tahun yang lepas. dah macam2 ubat doktor bagi....camni ler jugekk.... aku xkisah pun tapi masalahnya, aku jadi xlaratttttt sangat. cuba bayang kan naik opis tingkat 1 jer biji mata aku dah berpinar pinar. jantung berdegup bagai nak cabut. itu baru naik opis....jadi macam mana aku nak pegi site? nak ukur jalan....,ukur longkang...lagi2 waktu cuaca panas.boleh pengsan wooo.... agak2 klu aku ni kecik confident sikit dengan bantuan org ramai. masalahnya aku ni adik kepada giant...kuang..kuang...kuang...tu la doktor suh duduk wad masuk darah macam2 alasan ko bagi....dah jadi camni diri sendiri susah. rasa macam nak pegi je emergency cam doktor pesan ' klu bleeding lagi terus pg emergency yea' masalahnya dah smpi pintu hospital aku bleh patah balik p klinik jurrrr....boleh ko hurmmmm. hubby aku pun dah penin. xpe la B kita p hospital time appoinment 16/3/2011 cam dlm buku yerk........hehehehe. time tu klu doktor kate 'awak kena duduk wad yea, awak duduk wad bkn suka2 je tau, kena masuk darah yea" hurmmm time tu aku redha je laaaa. daripada camni.satu kerja pun xjadi....pada kawan2 doakan lah kesihatan aku supaya sihat selalu mcm dulu yea.....amin.

muka yang pucat 4 tahun lalu

sekarang laaaa....tembam terlebih sudah....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...