Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Friday, June 01, 2012

NASI AMBENG SPM

Macam pelik jer kan tajuk post hari ni. Ada ker jual Nasi Ambeng SPM ? suka-suka jer bagi nama kan. hehehehe
Sebenarnya, nasi ambeng ni sempena majlis doa kesyukuran untuk anak-anak sedara makcik yang dah lulus SPM dengan cemerlang. Alhamdulilah.......ketiga-tiga mereka membanggakan kami semua, amin.....Majlis doa kesyukuran ni kami buat sekeluarga jer. Nasi ambeng pun pakai order jerrr, kitaorang tinggal nnngggap.Seronok bila makan nasi ambeng dalam dulang beramai-ramai ni. Mengembalikan nostalgia masa kecik-kecik dulu. Bila petang ada orang jemput suh p kenduri, malam mesti tunggu arwah abah balik bawak "berkat". Sedap nyer rasa nasi ambeng masa tu, lagi-lagi yang dibungkus dengan daun pisang.Berebut-rebut kitaorang adik beradik makan. Tapi itu dulu, sekarang susah nak jumpa suasana macam tu lagi.

Kepada Mohamad Nabil , Hamizan Faiz dan Akalily Najwa , tahniah acik ucapkan. sorry lerr xde hadiah untuk korang. hehehe. Kalau nak kira hadiah RM 10 untuk setiap 1A yang korang dapat mau puasa sebulan acik ko ni haaaa. Hadiah tunggu duit raya jer la yer korang, ngeeeeee.
Diaorang pun dah dan akan ke Universiti dalam bidang yang diaorang pilih. Nabil dah pun mendaftar kat UTM 27 Mei kelmarin, ambil kursus Aeronautikal yang diimpikan sesangat. Insyaalah Hamizan esok akan pegi mendaftar kat UITM Kuala Pilah untuk jadi Petani moden. Lepas ni lagi subur la bunga-bunga ibu kau kat depan rumah tu yer. Akalily tengah ambil persediaan ke luar negara dengan biasiswa Petronas. Alhamdulillah   apa lagi nak diucap selain sebuah kesyukuran.
Layan jer la gambar-gambar kat bawah yg makcik ambik ngan kamera kecik makcik. Layan jer tau jangan komen apa2...hehehe...Layanzzzz

 Woooo ...hebat mung maing game. Fateh Aiman anak sedara makcik yang duk Paka T,ganu.


              Ayam jer ada seekor setengah...melantak tak hinggat. Syukur atas nikmat yang diberi Nya

 Ini cucu makcik yang ke berapa yerkkk....malas nak kira, Budak Adam comel ni kena tinggal ngan mama dia yg pi kursus Induksi
 Opppssss.....senyum , tak perlu kata apa-apa....senyum.

 My BIL tok imam baca doa kesyukuran

 Yang ni Mohammad Nabil. Tengah kena buli kot kat UTM Semarak sekarang ni.....hehehe

 Yang berkaca mata tu Hamizan Faiz

 Haaaaa yang ni kembar makcik, dulu makcik rasa kecik bila berdiri sebelah dia sekarang sama besar dah...huhuhuhu......didie anak sedara makcik

Jom kita kenduri reramai....!!!!!









.

Sunday, October 09, 2011

majlis akikah muhammad adam


Assalamualaikum..
entry kali ni makcik nak cite pasal akikah muhammad adam. nak tau ker siapa muhammad adam ni?. ini lah cucu makcik . biar betul ...tipuuuu.... betul ....cucu sedara laaa  :). tapi malas nak kira cucu yang ke berapa. nenek adam ni kakak (kak mah) makcik. majlis akikah ni dah rancang sebelum bulan ramadhan lagi. kak mah minta tolong makcik cari kan catering untuk majlis tu nanti yang dah berlangsung 25/9/2011. punya la lama baru nak masukkan jadi entry.kan makcik dah cakap MALASSSS....hehehehe. bila kak mah minta tolong uruskan catering n daging akikah dalam kepala makcik TINGGG!!!!!.......DY catering la , colleague makcik. semuanya di urus. dari cari kambing untuk akikah , sampailah panggang daging kambing. oppssss....kambing panggang bukan kambing akikah yea. kambing akikah tu seelok-eloknya perlu dimasak....pesan ustaz . majlis bermula kul 10 pagi dengan bacaan tahlil dan marhaban.start makan kul 12 tengahhari. tapi catering kul 11 dah sampai . lauk pauk memang marbelesss la. macam-macam ada. harga memang berpatutan. boleh rekemen kat korang laaa. sesape nak wat majlis kawin pun boleh guna DY catering. harga bisa di runding . pak din,  dah promosi ni xde ape2 kerrr....hehehe (macam la ada orang nak baca velog aku ni - sedihhh ). layan jur la pic sekitar majlis akikah muhammad adam bin mohd afiq . semoga membesar dengan sihat, jadi anak yaang soleh dan cerdik.





neneng yang dah gendut
adam dan mama


melantak aiskrim jer la korang

serius nampak



bunga ni makcik yang cucuk...........tibai jurrr

sentuhan kelamkabut makcik

lauk pauk yang marbelesss

macam-macam ada

adam ngan atok


onnyang adam - mak makcik laaa

kek birthday mama adam

kek birthday aunty adam,  didi

mama adam n aunty didie

Wednesday, October 05, 2011

RAYA KITAORANG

Lamanya makcik tak update...gile la malas tahap gaban.kunun dulu nak rajin update blog.rupe nye malas gak macam dulu ,start belajar2 jadi blogger 2006 ade la 2,3x bercerita kat blog ,sekali hamek ko 2010 baru bukak balik. dari gemok ke kurus ke gemok balik. dari bujang dah kawin...hurmmmm malas ooo malas.

Yang ni sebab makcik malas ,orang dah nak raya haji ko baru nak citer pasal raya.Ok..raya tahun ni macam biasa la pujuk laki makcik raya kat sijangkang gak walaupun tahun2 sudah raya kat kampung makcik gak hahahaha kejam x. hurrrr xsanggup rasanya nak raya kat merang. serupa xraya walaupun raya kat rumah makcik cuma sehari jurrrr. lain hari duduk rumah tengok TV n tunggu anak buah n cucu datang.Jangan tak caya makcik dah ramai cucu ko.

Tapi makcik xdelah kejam beno dengan laki makcik.Raya ke-3 balik gak ke Merang menempuh perjalanan selama 8 jam. kematu punggung makcik ko.Disebabkan tiap2 tahun raya pertama kat rumah makcik, jadinya raya kat merang lame la sikit n selalunya hampir seminggu gak la.Lagipun makcik bukan selalu balik merang.Ok la tu.Best nyer balik merang ni ,leh shopping kat pasar payang..........beli batik la.........kan berazam nak kumpul koleksi batik hehehehe.Hari khamis makcik n hubby dah gerak balik ke merang. Abby makcik letak kat sijangkang ,bonda ai jaga. berat tul hati nak tinggal abby.nak bawak jauh plak kesian kat dia. Mula2 makcik ingatkan nak nak cuti sampai hari rabu.....tapiiiiiiiiiii........xboleh plak sebab makcik n the gang ada konvensyen KIK peringkat negeri selangor. Jadi terpaksalah balik hari selasa......cuti lama pun xtenang beb memikirkan konvensyen tu.....perghhhhh.walaupun xmenang ,kami tetap menang di hati sendiri, wahhhhhhhh muntah. disebabkan makcik sibuk berkonvensyen n berkampung kat shah alam selama 3 hari berturut  n laki mak pon outstation ke mersing ari sabtu baru makcik jenguk abby kat kampung. masa nak balik mak ai plak yang sedih bila makcik nak bawak abby balik...huhuhuhu. apa pun layan jer la gambar buruk raya makcik ni.....


kelas anak ko jah....nak minta ampun pun peace dulu

hensem menantu bongsu mak ni...........muntah

macam jadi.......

guna kamera adik je la....... makcik kan baru beli kamera yuna...merah ko ,kelasss

eh.....habis bateri ke ape camera ko ni man......? haaaa sbb tu semua cam gediks, laki mak juga maintain macho...konon

Tuesday, May 10, 2011

SELAMAT HARI IBU

ai sebenarnya dah lama tak balik kampung adalah dalam sebulan padahal bukan jauh sangat pun kampung tu....hehehehhe. Tapi disebabkan aktiviti weekend yang padat jadilah ianya alasan. Ikut perancangan mmg nak balik ari sabtu mgu sudah ,sbb nak sambut hari ibu .tapi last minit dpt call dari merang kakak ipar nak datang, jadi macam serba salah jer nak balik kampung. So mcm terpaksa tunda rancangan .nak balik mgu depan kena jaga org buat kerja lantai kat opis plak.....dalam fikiran bilalah aku nak balik kampung ni hurmmmm. Pagi ahad ai dapat sms dari mak mok ( panggilan utk kakak ai...hehehe)...."balik x? mak buat bancaan " (orang jawa tau la makna bancaan tu)...aduhhhh, camna ni yerk..ai pun call la hubby ai (time ni hubby ai dah kat kedai mamak) tanya org merang kul berapa nak sampai? bila hubby ai ckp petang kot...ai pun apa lagi berdesup la balik kampung sbb dia dah izinkan balik n dia yang akan tgu kakak dia sampai. Kakak ipar ai senang jurrr...dia kalau datang KL mesti ada tujuan, samada nak beli barang2 utk butik andaman dia ur nak tengok pameran xpun ada kursus. Syukur jenis xkesah ......Janji dengan hubby ai petang dalam kul 6 ai sampai la rumah.Hari tu mak buat masak-masak sikit untuk bancaan kakak yang dah semakin sihat dan untuk mak yang masih diberi kesihatan walau umur dah 75 tahun.



Khas untuk ibuku Paijah binti Jaii terima kasih kerana menjaga kami hingga menjadi 'orang'.....Pengorbanan kerana membesarkan kami yang ramai ni dengan pelbagai karenah. Alhamdulilah walaupun kami tidak dapat pelajaran setinggi diharapkan berkat doa emak kami semua berjaya dengan kerjaya masing-masing. Amin.... Semoga emak sihat selalu dan bahagia bersama anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit.....Kami semua sayangkan emak.....muahhhhh. (Jangan dikesah dressing mak ai yang sempoi .apa pun mak aii tetap comel macam anak dia...ngeeee)


KEK COKLAT BLUEBERRY KHAS BUAT MAK WALAUPUN MAK XSUKA MAKAN KEK XPE KITAORG MAKAN HEHEHEH



DOA SYUKUR DARI EMAK DAN DOA KEBAHAGIAAN UNTUK ANAK-ANAK



EMAK AI YANG SEMPOI KENA PAKSA NGAN CUCU SUH POTONG KEK...POTONG NENEK JANGAN TAK POTONG...


MAKAN TIME...!!!!!!

Monday, February 28, 2011

DOAKANLAH

 ai xnak cite banyak ari ni sebab xcukup tido ni ngeeeee.tulah sapa suh iron baju smpi kul 3 pagi......hubby ai dah berdengkur kat belakang ai tunggu ai habis iron baju.letih katenya kena OT coz ari ni ada audit 5S kat opis.xpe lah B ai sangkut sendiri baju2 yg dah iron tu yerk...tapi ari ni jangan puleeek lupa lipat baju yang rendah sikit dari genting highland.hehehehehe. Bukan apa sebenarnya ai nak citer pasal kakak ai. sedih rasanya, itu takdir dia.ai xtau takdir ai macam mana kemudianya. semalam ai n family p melawat kakak baru lepas operation buang rahim. sebagai wanita inilah yg paling ditakuti.apalagi belum memiliki zuriat. tiada lagi hadiah yg paling istimewa dapat diberi kepada si suami iaitu zuriat.alhamdulillah sebagai seorang lelaki yang menyayangi isteri, si suami redha dengan apa yg berlaku. kakak ai seorang yg kuat . bila disahkan mengidap kanser rahim tahap 2 dia hanya mampu terdiam dan menangis hanya di hadapan kakak ai yg lagi seorang selain suami. tidak dihadapan emak ,sahabat atau ahli keluarga yang lain. malah tiada sahabat yang tahu apa yang sedang berlaku pada dirinya sekarang.mereka hanya diberitahu dia akan bercuti rehat panjang sahaja.kakak ai ada sbb sendiri kenapa dia buat begitu. tidak sampai sebulan dia di sahkan mengidap kanser rahim tahap 2 , pada sabtu kelmarin selamat menjalani pembedahan membuang rahim dan sel2 kanser, alhamdulillah. ai dapat gak la tgk keadaan rahim yg telah ditumbuhi sel2 kanser, amat mengerikan dan menakutkan. dari luar kita nampak ok tapi didalam.....????. itulah yg menakutkan dan merisaukan dengan keadaan diri ai sekarang. minta dijauhkan dan dilindungi diri ku. hanya doa dan sokongan yg dapat ai berikan kepada kakak ai. semoga cepat sembuh. nampaknya appointment akan datang ai akan cerita pada doktor apa yg berlaku kpd kakak ai .n minta doktor check betul2 keadaan diri ai. Doakanlah kakak ai cepat sembuh dan ai dijauhkan dari penyakit itu.amin......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...