Saturday, October 22, 2011

aksi abby

gambar ni makcik ambik dalam kul 2 pagi. abby tdo kat bilik layan selimut bucuk dier. makcik tengok tv kat hall layan ustazah pilihan. tetiba abby keluar n landing kat depan makcik tengok tv dengan tenang. sama2 layan ustazah pilihan. kekadang terfikir, cerdik juga si abby ni....hehehehe. layan jer la gambar abby sebelum makcik nak layan tdo dah ni.....
abby baru lepas mandi

ini lah pembantu khas makcik.kesian sampai kurus kering dia.....




red velvet...kenapa x greenvelvet?


macam mimpi jer kan akhirnya makcik berjaya membuat red velvet. walau macam tak berapa nak gebu tapi rasanya . sedap nyerrrrr....sila jangan muntah .first time makcik tau pasal red velvet ni dari kak nani rostam la....best nyer kalau dapat rasa yang kak nani buat.lagi2 kalau dapat makan pavlova kak nani ( dalam kepala otak asyik pk nape aku buat pavlova xjadi ...hahaha ).

tapi makcik ambik resepi ni dari kak zai (teratak impian). kalau tgk blog kak zai ni, rasa macam nak buat semua yang kak zai masak. makcik xkesah nak buat sbb salah satu hobi makcik kan memasak . tapi........ sape nak makan. xbest la makan sensorang. HB makcik mana suke makan benda yang lain dari kebiasaan yang dia makan.kalau makan pun takat merasa jerrr. Jadi...rezeki geng2 opis la dapat makan yang makcik masak.
"aku tau sape bawak mesti kak uda kan,kak uda ni best la" ----> fahmy kate.
iwan kate plak " ni kak uda masak ker?....tipu" .
pie plak kate " oit....mana datang ni? tadi xde, tetiba plak ade" 
haaa itu la ayat2 xbleh blah adik2 makcik kat opis. tapi makcik suke tengok diaorang makan apa yang makcik masak. letak la ape ajer kat opis tu, gerenti licin......

kalau nak resepi red velvet ni sila la ke blog kak zai yea.....kat sini. kak zai minta resepi dari hanamemories yang dah kembali dari jepun ,teman suaminya study.kat blog Hana pun macam2 resepi ade.sape minat nak masak makanan jepun boleh la lawat blog hana yea. 

apa pun lepas ni makcik akan buat lagi dan lagi.... red velvet ni.first time buat xde la deko2 atas kek tu. akan datang pasti lebih menarik kan.mana tau lepas ni makcik buat green velvet plak....hahahaha. derhaka sungguh.

Friday, October 21, 2011

audit kualiti

Haaa tengok makcik dah start malas balik nak update n3. dah la penyakit malas satu badan kan.....huhuhu. tapi minggu ni memang makcik ngaku malas tahap gaban punya. kalau dari jauh tu dah nampak berseri-seri tahap kemalasannya. malas nak selak fail2 kerja n update BQ. rasanya la minggu ni makcik cuma tunjuk site kat kontraktor jur kerja mana nak buat .hurmmm pemalas sungguh kan. lagi bertambah malas bila tengok kerja2 kontraktor yang hasil nya....halamak ...dalam hati dah maki2 ----> eeee budak sekolah pun tak buat kerja mcm ni la mangkuk xde beza sebelum dan selepas .arghhhhh!!!! tension , nangis makcik.

lagi menambahkan alasan makcik untuk bermalas2an adalah benda ni.

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


 benda ni lah. makcik ni kan kunun nya juruaudit kualiti dalaman ISO. yea lah selepas letak  jawatan ketua dokumentasi ( padahal makcik dah xsanggup , sape yang sanggup weiiii. tdo xlena beb) makcik di lantik SEMULA sebagai auditor. pengsan. ade ko, xlalu nak pandang benda ni dalam waktu bermalas2 ....tapi gagahkan jugak lerrrr,sebab.......pengarah ngan makcik adalah satu group untuk tugas ni.hahahaha  nangis dalam senyum. ok jangan cuba bayangkan makcik buat camtu yea.


 group makcik audit jabatan ni n PRO. tapi makcik n pengarah audit PRO jurrr...lagi satu nyonya Lim buat sorang  hahahaha. audit yang lepas makcik audit sorang2 pun melayan si jawa tu kan.

lepas ni tunggu kedatangan SIRIM seperti biasa macam tahun2 yang lepas.....Daaaaaa

Monday, October 10, 2011

AL HIJAB

semalam makcik pegi kenduri kawin anak sepupu makcik kat sebelah rumah makcik kat kampung. sebenarnya tak ingat pun kenduri tu.padahal dia dah jemput awal masa kitaorang datang beraya. almaklumkan memori makcik ni loose sikit....sengal. Nasib la mak mok ( kakak makcik) tepon bagitau. itu pun dia tepon banyak kali makcik tak angkat. bukan tak dengar yea.......bateri hp makcik kingkong laaa. nasib juga kul 11 tergerak hati nak tengok tepon makcik tu.tak nak pegi melampau plak la kan. gagahkan juga la gosok baju dan berdesup balik kampung.  jimat la sikit duit makan tengah hari laki aku kan....hehehehe. berdesup pun makcik sempat gak bawak abby.

lepas jur balik kenduri ,lepak-lepak rumah mak. boring la plak. hurmmmmm apalagi ajak HB makcik pegi meroyan kat Jusco Bukit Tinggi la tengok wayang beb. lama dah makcik tak layan wayang sejak ada Astro First . 

"
"
"
"
"
"
"
"



makcik layan citer ni Al Hijab. makcik ni suke tengok citer hantu , tapi sebenarnya penakut beb. boleh kate sepanjang tayangan makcik pejam mata ko....hahahaha lawak.... baik xpayah tengok sengal .xde la pejam mata tutup rapat , sepetkan mata jurrr.
filem ni xde la seram giler...tapi seram gak la. sound n musik dia yang buat jadi seram . memang betul orang sakit jantung jangan la tengok citer ni .mau mati terkejut . anak2 dara dalam panggung tu asyik la menjerit sokmo.
pada makcik jalan citer filem ni simple. pasal rafael yang nak menghayati watak sebagai hero filem hantu. susah untuk dia menghayati watak jika diri dia tak pernah melihat hantu dan xpercaya tentang hantu.qiss kekasih raf bercerita pasal hijab. jadi dia pun berniat untuk membuka hijab mata untuk melihat hantu dan merasai  perasaan takut. jadi raf pun berjumpa dengan seorang makcik yang menghubungi nya melalui sms yang raf sendiri tak tahu macammana makcik tu tahu niat dia.
jalan cerita agak klise bila hijab raf telah dibuka bila makcik yang membuka hijab raf meminta izin untuk menutupnya semula tapi raf beri tempoh semalaman untuk menutupnya semula.dari situ  makcik dah tau apa akan jadi pada raf bila makcik tua tu cakap kunci hijab ada pada dia dan tak ada orang lain boleh menutup nya semula selain dia. korang yang belum tengok mesti dah tahu apa akan jadi kan. kalau tak tahu tengok la sendiri citer ni.
tapi makcik paling suka dengan watak Bell ngasri, munir ngan mamat indon yang tumpangkan raf naik pick-up. lawak giler la sakit perut makcik. pada makcik watak diaorang yang menyerikan al hijab. nak tau apa yang diaorang buat tengok jangan tak tengok.
kalau suh bagi star ,dari 5 star makcik bagi 4. sebenarnya 3.5 tapi sebab watak Bell n the gang jadi 4. hahahaha boleh...apa-apa pun pierre telah mengejutkan ramai orang dan buat orang histeria termasuk lah makcik. Tahniah

Sunday, October 09, 2011

majlis akikah muhammad adam


Assalamualaikum..
entry kali ni makcik nak cite pasal akikah muhammad adam. nak tau ker siapa muhammad adam ni?. ini lah cucu makcik . biar betul ...tipuuuu.... betul ....cucu sedara laaa  :). tapi malas nak kira cucu yang ke berapa. nenek adam ni kakak (kak mah) makcik. majlis akikah ni dah rancang sebelum bulan ramadhan lagi. kak mah minta tolong makcik cari kan catering untuk majlis tu nanti yang dah berlangsung 25/9/2011. punya la lama baru nak masukkan jadi entry.kan makcik dah cakap MALASSSS....hehehehe. bila kak mah minta tolong uruskan catering n daging akikah dalam kepala makcik TINGGG!!!!!.......DY catering la , colleague makcik. semuanya di urus. dari cari kambing untuk akikah , sampailah panggang daging kambing. oppssss....kambing panggang bukan kambing akikah yea. kambing akikah tu seelok-eloknya perlu dimasak....pesan ustaz . majlis bermula kul 10 pagi dengan bacaan tahlil dan marhaban.start makan kul 12 tengahhari. tapi catering kul 11 dah sampai . lauk pauk memang marbelesss la. macam-macam ada. harga memang berpatutan. boleh rekemen kat korang laaa. sesape nak wat majlis kawin pun boleh guna DY catering. harga bisa di runding . pak din,  dah promosi ni xde ape2 kerrr....hehehe (macam la ada orang nak baca velog aku ni - sedihhh ). layan jur la pic sekitar majlis akikah muhammad adam bin mohd afiq . semoga membesar dengan sihat, jadi anak yaang soleh dan cerdik.





neneng yang dah gendut
adam dan mama


melantak aiskrim jer la korang

serius nampak



bunga ni makcik yang cucuk...........tibai jurrr

sentuhan kelamkabut makcik

lauk pauk yang marbelesss

macam-macam ada

adam ngan atok


onnyang adam - mak makcik laaa

kek birthday mama adam

kek birthday aunty adam,  didi

mama adam n aunty didie

mee hailam bujang


selalunya makcik time2 cuti jarang buat sarapan . dah kalau HB bangun pun kul 12 tengahhari apa yang nak di sarapankan nya . tapi pagi ni lepas solat  subuh makcik kemas2 sikit rumah.tetiba perut plak rasa lapar kan. buka peti ais cari idea nak masak ape. ada mee kuning lebih masa makcik masak mee goreng ari khamis lepas .sekali idea pun datang. jom kita masak mee hailam versi nurhuda.kuikuikui.....sangat ringkas dan sedap .....kelasssss makcik



 Resepi Mee Hailam(untuk seorang makan)

Bahan A:
segenggam mee kuning
sotong atau udang (nak keduanya pun boleh)
2 ulas bawang putih- cincang halus
sebiji bawang merah (saiz kecil) - potong nipis
5 biji cili api - belah dua (kalau nak pedas tambah lagi)
secubit lada hitam (kalau suka)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar cili sos
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa

Bahan B:
10 batang kacang peas
1 inci lobak merah - potong bulat
kobis bunga
brokoli
baby corn
atau apa saja sayuran yang anda suke

cara memasak :
1. didihkan air panas dan celurkan sayuran tadi ( jangan lama sangat ) kemudian celur mee kuning dengan air yang sama. Toskan
2. panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang putih m merah cili api sehingga naik bau.
3. masukkan sos tiram, kicap manis dan sos cili juga lada hitam.masak sebentar (jangan sampai hangus)
4. masukkan sotong dan kacau semula disertakan air (ikut nak kuah byk mana)
5. bila sotong dah masak masukkan telur - terpulang nak telur tu hancur atau biar sebiji.
6. rasakan kuah dengan garam dan gula kemudian masukkan mee kuning dan masak sebentar
7. akhir sekali masukkan sayur yang dah dicelur tutup api  dan kacau.
8. sedia untuk di hidang,......wallahhhh......boleh bukak kedai beb

Saturday, October 08, 2011

aksi si comel abby

 seronok tengok aksi si manja abby ni. penat2 balik kerja tengok telatah abby hilang semua penat. kat opis tak sabar nak balik nak main ngan abby. pic yang makcik ambik ni hari ahad lepas. makcik tengah siapkan kerja wat fail meja......dah lama pindah baru nak update fail meja ko....itu pun sebab nak audit.hahahaha. dalam makcik buat kerja tu ada la yang kacau. geget kertas la, seluk2 dalam printer. geram rasa tapi terhibur ngan telatah abby. bila makcik cubit abby pandai buat muka  n mula nak geget tangan kita.tangan makcik n HB ni dah penuh calar bekas cakar n geget abby. bibir makcik je dah 2 kali terbelah kena geget abby. pipi makcik berkali2 dah. salah makcik jugekkk suka sangat gomol dia time dia nak tdo. layan jer la aksi si abby kurus ni yer....
 
cari cicik dalam printer

manalah cicak ni

benda canggih ape ni....

macam nak masuk dalam laaaa

macam best jurrr

relaks la mummy

kan saya dah marah

hurmmmmmm geram nyerrrrr

mummy cubit saya

saya pun nak ber muka buku

lemak ikan masin terung pipit


hari ni makcik tinggal ngan abby jer kat rumah.HB biasa lah kerja katenya.tiap minggu pun kerja .tapi tak gak kaya-kaya. baik jadi cam makcik jur. time kerja , kerja la time cuti duduk rumah dendiam. agak ada lebih duit sikit pegi shopping tak pun jalan-jalan. lepas bagi abby makan makcik pun start operasi memasak. malam tadi pegi pasar tani. beli la apa yang rasa patut di beli. di sebabkan makcik tinggal sorang lauk yang makcik masak ikut selera makcik jer laaa. masak nasi pastu masak ikan masin dengan terung pipit. hasil membeli belah malam tadi. ini memang febret makcik......masak pun ikut suka hati makcik jerrrr. kalau nak try ini resepi nya yerrrr. meleleh airmata makan ni...pedasssss kelas gitu.



 Bahan :
1 ekor sederhana besar ikan masin dukang (kepala batu)
segenggam terung pipit
30 cili api (ikut suka- lagi pedas lagi best)-potong kasar
3 ulas bawang merah -potong biasa
3 ulas bawang putih -ketuk
ikan bilis
2 batang serai - titik
1 inci lengkuas -ketuk
1 cawan kecil santan
2 keping asam keping
gula dan garam secukup rasa.

cara memasak :
1. panas kan minyak dan masak cili api, bawang merah n putih, ikan bilis, serai dan lengkuas sampai naik bau.
2. masukkan terung pipit dan ikan masih masak sekejap tanpa air sehinnga naik bau ikan masin.
3. masukkan air secukupnya dan asam keping dan reneh sebentar sampai ikan masin masak.
4. masukkan santan, gula dan garam secukupnya dan masak sebentar.
5. hidang laaa.



cerita abby

 hari tu makcik tempel gambar dia jurr , penyakit kemalasan yang melampau. masa tu pun abby bersaiz kecik sikit. kalau nak tengok pic dia masa kecik KLIK SINI .sekarang abby dah besar sikit walaupun kurus kering dek kerana tak suke makan. beza betul dengan kucing2 makcik kat kampung.pantang jumpa makanan.....dah makan mintak lagi dan lagi selagi perut tak buncet. tu yang gendut-gendut belaka. abby ni kurus kering tapi tetap cumil.hehehehe.dah berbotol multivitamin makcik bagi tapi totap maintain slim ko. hari ni makcik nak cite sikit macammana makcik boleh bela si abby ni.

kalau xsilap makcik masa tu bulan mei.time tu plak opis makcik tengah wat gotong-royong kemas opis sempena nak audit 5S. jabatan makcik ni ada unit elektrik yang semestinya ada stor untuk simpan barang2.stor kitaorang ni jenis kabin (kes opis kecik ) kat belakang opis makcik tu melambak kabin sampai dah jadi 2tingkat. makanya bila dah berkabin-kabin ni, adalah haiwan-haiwan cumil yang menumpang. nak dijadikan cerita bebudak elektrik tengah2 mengemas terdengar suara yang cumil dibawah kabin.bila diintai ada seekor kitten terbiar begitu tanpa ibu di atas lantai konkrit.adik2 elektrik ni sedia maklum kakak dia ni sayang giler dengan haiwan cumil ni.maka dikhabarkan lah apa yg dah mereka jumpa pada kakak dia ni. makcik pun dengan hati yg syahdu mengambil kitten itu dan membungkusnya dengan kain yang lebih bersih.(bebudak ni bungkus dengan kain kotor sikit-mana lah nak dpt kain bersih kat kabin).makcik cari2 juga kalau2 ibunya ada kat sekitar situ .makcik tgu gak sampai petang takut2 ibunya cari.tapi xde plak. nak makcik tinggal takut anjing makan .pulaknya hari tu adalah hari jumaat..........errmmmm esoknya dah cuti 2 hari macam2 boleh jadi kalau makcik tinggal.rumah ngan pejabat makcik bukan dekat dek non oiiii......hampir satu jam perjalanan jenuh kalau datang nak menjenguk. makcik ambik keputusan bawak jer balik si cumil ni. 

2 hari makcik jaga kat rumah. susukan dia guna botol yang makcik beli petang tu.nasib dia pandai menyusu guna botol. hari isnin makcik datang kerja makcik bawak dia (sorok2 beb). Mira bagitau makcik dia ada jumpa ibu si cumil masa cari fail kat kabin hari sabtu. hurmmmm ....makcik dah jaga 2 hari dah terlebih sayang plak....makcik cari2 gak ibu dia hari isnin tu tapi xde.di sebabkan dah sayang makcik ambik keputusan untuk jaga jer si cumil ni yang dah makcik bagi nama "abby comel".

maka bermula episod makcik memelihara si abby. selama seminggu makcik kehulu hilir bawa abby pegi balik kerja.makcik letak dia dalam kotak dan letak dalam kereta. Nasib bos makcik cuti seminggu masa tu jadi makcik tumpang parking dia.xdela keta makcik panas.tingkap buka sikit. sampai jer tempat kerja makcik susukan dia.waktu rehat pun sama.sebelum balik makcik bagi lagi. rutin ni selama seminggu. lepas tu makcik tinggal abby kat rumah. sebelum pegi kerja makcik bagi susu dengan petang lepas balik kerja.makcik xsangka abby boleh hidup membesar macam sekarang. sebab makcik pernah bela kitten dulu2, tapi mati sebab paru2 masuk air.

peristiwa makcik xboleh lupa. satu hari ahad tu makcik n HB pegi jenjalan.sebelum pegi tu makcik tidurkan abby atas katil.makcik balik malam sikit dalam kul 9.30 camtu.masuk jer rumah makcik selalu panggil abby.tapi malam tu makcik panggil di sahut dengan suara yang lain macam sikit. makcik cari abby kat bilik xjumpa. makcik panggil2 abby lagi.rupa2nya abby ada kat bawah ampaian tuala makcik dalam bilik tu. tapi keadaan dia dengan perut yang membusung, muka terjelepuk dan badannya digenangi air kencing.memang xbermaya. ahhhhhh...makcik dah start menangis dah bila tengok abby camtu. makcik angkat bawak kesinki terus cuci dia.tak tahu nak buat apa masa tu. perutnya dah macam busung. makcik ajak HB p cari klinik.......tapi mana nak cari klinik haiwan bukak memalam ni.makcik bungkus abby dengan tuala dan bawak. dari klinik presint 15--->kajang--->balakong--->seri kembangan---> bangi semua HB pegi, tapi semua klinik haiwan tutup. ialah logik kan dah kul 10 lebih mana ada klinik haiwan bukak.klinik manusia adalah.hampa betul makcik masa tu. makcik bagitau HB, xpelah klu dah ajal abby makcik redha. dalam keta makcik letak abby atas dada.sesekali dia mengiau bila HB terlanggar lubang ur keta bergoyang. dalam makcik redha tu dalam hati tetap berdoa untuk abby sihat dan bagi peluang untuk makcik jaga abby .akhirnya kami balik juga selepas melilau cari klinik untuk abby. sampai rumah makcik baringkan abby. tak lama tu abby cuba nak bangun.makcik biarkan.abby banggun tapi terhuyung hayang .hati makcik dah berbunga balik. makcik baringkan semula abby....dia macam minta susu.makcik bagi tapi abby xpandai hisap plak.makcik sudukan sikit2. dan akhirnya abby tertidur. pagi esoknya makcik tengok abby sihat sikit...alhamdulilah syukur Allah makbulkan doa makcik sampai sekarang.hari isnin tu makcik sanggup cuti ko untuk jaga abby.....hurmmmmm sayang nyer makcik kat abby ni.

cantik tak saya.saya mandi seminggu sekali jer

cuba teka saya tengah watpe.............? tengah tetek selimut la....sungguh nikmat

saya balik dari klinik sebab cheri berry

mainan yang paling saya suke


arrrrrggghhhhh ngantok beb.......tgu orang nak beraya.

saya yang cumil


saya pandai possing khas untuk kamera baru mummy......kelasssss


tengah bermuka buku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...