Saturday, October 08, 2011

cerita abby

 hari tu makcik tempel gambar dia jurr , penyakit kemalasan yang melampau. masa tu pun abby bersaiz kecik sikit. kalau nak tengok pic dia masa kecik KLIK SINI .sekarang abby dah besar sikit walaupun kurus kering dek kerana tak suke makan. beza betul dengan kucing2 makcik kat kampung.pantang jumpa makanan.....dah makan mintak lagi dan lagi selagi perut tak buncet. tu yang gendut-gendut belaka. abby ni kurus kering tapi tetap cumil.hehehehe.dah berbotol multivitamin makcik bagi tapi totap maintain slim ko. hari ni makcik nak cite sikit macammana makcik boleh bela si abby ni.

kalau xsilap makcik masa tu bulan mei.time tu plak opis makcik tengah wat gotong-royong kemas opis sempena nak audit 5S. jabatan makcik ni ada unit elektrik yang semestinya ada stor untuk simpan barang2.stor kitaorang ni jenis kabin (kes opis kecik ) kat belakang opis makcik tu melambak kabin sampai dah jadi 2tingkat. makanya bila dah berkabin-kabin ni, adalah haiwan-haiwan cumil yang menumpang. nak dijadikan cerita bebudak elektrik tengah2 mengemas terdengar suara yang cumil dibawah kabin.bila diintai ada seekor kitten terbiar begitu tanpa ibu di atas lantai konkrit.adik2 elektrik ni sedia maklum kakak dia ni sayang giler dengan haiwan cumil ni.maka dikhabarkan lah apa yg dah mereka jumpa pada kakak dia ni. makcik pun dengan hati yg syahdu mengambil kitten itu dan membungkusnya dengan kain yang lebih bersih.(bebudak ni bungkus dengan kain kotor sikit-mana lah nak dpt kain bersih kat kabin).makcik cari2 juga kalau2 ibunya ada kat sekitar situ .makcik tgu gak sampai petang takut2 ibunya cari.tapi xde plak. nak makcik tinggal takut anjing makan .pulaknya hari tu adalah hari jumaat..........errmmmm esoknya dah cuti 2 hari macam2 boleh jadi kalau makcik tinggal.rumah ngan pejabat makcik bukan dekat dek non oiiii......hampir satu jam perjalanan jenuh kalau datang nak menjenguk. makcik ambik keputusan bawak jer balik si cumil ni. 

2 hari makcik jaga kat rumah. susukan dia guna botol yang makcik beli petang tu.nasib dia pandai menyusu guna botol. hari isnin makcik datang kerja makcik bawak dia (sorok2 beb). Mira bagitau makcik dia ada jumpa ibu si cumil masa cari fail kat kabin hari sabtu. hurmmmm ....makcik dah jaga 2 hari dah terlebih sayang plak....makcik cari2 gak ibu dia hari isnin tu tapi xde.di sebabkan dah sayang makcik ambik keputusan untuk jaga jer si cumil ni yang dah makcik bagi nama "abby comel".

maka bermula episod makcik memelihara si abby. selama seminggu makcik kehulu hilir bawa abby pegi balik kerja.makcik letak dia dalam kotak dan letak dalam kereta. Nasib bos makcik cuti seminggu masa tu jadi makcik tumpang parking dia.xdela keta makcik panas.tingkap buka sikit. sampai jer tempat kerja makcik susukan dia.waktu rehat pun sama.sebelum balik makcik bagi lagi. rutin ni selama seminggu. lepas tu makcik tinggal abby kat rumah. sebelum pegi kerja makcik bagi susu dengan petang lepas balik kerja.makcik xsangka abby boleh hidup membesar macam sekarang. sebab makcik pernah bela kitten dulu2, tapi mati sebab paru2 masuk air.

peristiwa makcik xboleh lupa. satu hari ahad tu makcik n HB pegi jenjalan.sebelum pegi tu makcik tidurkan abby atas katil.makcik balik malam sikit dalam kul 9.30 camtu.masuk jer rumah makcik selalu panggil abby.tapi malam tu makcik panggil di sahut dengan suara yang lain macam sikit. makcik cari abby kat bilik xjumpa. makcik panggil2 abby lagi.rupa2nya abby ada kat bawah ampaian tuala makcik dalam bilik tu. tapi keadaan dia dengan perut yang membusung, muka terjelepuk dan badannya digenangi air kencing.memang xbermaya. ahhhhhh...makcik dah start menangis dah bila tengok abby camtu. makcik angkat bawak kesinki terus cuci dia.tak tahu nak buat apa masa tu. perutnya dah macam busung. makcik ajak HB p cari klinik.......tapi mana nak cari klinik haiwan bukak memalam ni.makcik bungkus abby dengan tuala dan bawak. dari klinik presint 15--->kajang--->balakong--->seri kembangan---> bangi semua HB pegi, tapi semua klinik haiwan tutup. ialah logik kan dah kul 10 lebih mana ada klinik haiwan bukak.klinik manusia adalah.hampa betul makcik masa tu. makcik bagitau HB, xpelah klu dah ajal abby makcik redha. dalam keta makcik letak abby atas dada.sesekali dia mengiau bila HB terlanggar lubang ur keta bergoyang. dalam makcik redha tu dalam hati tetap berdoa untuk abby sihat dan bagi peluang untuk makcik jaga abby .akhirnya kami balik juga selepas melilau cari klinik untuk abby. sampai rumah makcik baringkan abby. tak lama tu abby cuba nak bangun.makcik biarkan.abby banggun tapi terhuyung hayang .hati makcik dah berbunga balik. makcik baringkan semula abby....dia macam minta susu.makcik bagi tapi abby xpandai hisap plak.makcik sudukan sikit2. dan akhirnya abby tertidur. pagi esoknya makcik tengok abby sihat sikit...alhamdulilah syukur Allah makbulkan doa makcik sampai sekarang.hari isnin tu makcik sanggup cuti ko untuk jaga abby.....hurmmmmm sayang nyer makcik kat abby ni.

cantik tak saya.saya mandi seminggu sekali jer

cuba teka saya tengah watpe.............? tengah tetek selimut la....sungguh nikmat

saya balik dari klinik sebab cheri berry

mainan yang paling saya suke


arrrrrggghhhhh ngantok beb.......tgu orang nak beraya.

saya yang cumil


saya pandai possing khas untuk kamera baru mummy......kelasssss


tengah bermuka buku

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...