Sunday, October 09, 2011

mee hailam bujang


selalunya makcik time2 cuti jarang buat sarapan . dah kalau HB bangun pun kul 12 tengahhari apa yang nak di sarapankan nya . tapi pagi ni lepas solat  subuh makcik kemas2 sikit rumah.tetiba perut plak rasa lapar kan. buka peti ais cari idea nak masak ape. ada mee kuning lebih masa makcik masak mee goreng ari khamis lepas .sekali idea pun datang. jom kita masak mee hailam versi nurhuda.kuikuikui.....sangat ringkas dan sedap .....kelasssss makcik



 Resepi Mee Hailam(untuk seorang makan)

Bahan A:
segenggam mee kuning
sotong atau udang (nak keduanya pun boleh)
2 ulas bawang putih- cincang halus
sebiji bawang merah (saiz kecil) - potong nipis
5 biji cili api - belah dua (kalau nak pedas tambah lagi)
secubit lada hitam (kalau suka)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar cili sos
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa

Bahan B:
10 batang kacang peas
1 inci lobak merah - potong bulat
kobis bunga
brokoli
baby corn
atau apa saja sayuran yang anda suke

cara memasak :
1. didihkan air panas dan celurkan sayuran tadi ( jangan lama sangat ) kemudian celur mee kuning dengan air yang sama. Toskan
2. panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng bawang putih m merah cili api sehingga naik bau.
3. masukkan sos tiram, kicap manis dan sos cili juga lada hitam.masak sebentar (jangan sampai hangus)
4. masukkan sotong dan kacau semula disertakan air (ikut nak kuah byk mana)
5. bila sotong dah masak masukkan telur - terpulang nak telur tu hancur atau biar sebiji.
6. rasakan kuah dengan garam dan gula kemudian masukkan mee kuning dan masak sebentar
7. akhir sekali masukkan sayur yang dah dicelur tutup api  dan kacau.
8. sedia untuk di hidang,......wallahhhh......boleh bukak kedai beb

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...