Thursday, October 18, 2012

Orbs.....alahaiiiiiiii

Memang berhabuk gilerrr blog ni. bukan tak ada benda yang nak di ceritakan , tapi semangat hilang lepas abby dan oyen pergi. Yea lah sebelum ni pun page aku ni banyak citer pasal abby. riang ria nya hidup dengan abby dan segala-galanya pasal abby. Ok stop...nak meleleh dah ni.

Kali ni nak kongsi pasal ORBS. korang tau pasal orbs. aku pun bukan tau sangat pun. cuma tahu orbs ni sering dikaitkan dengan mahluk halus. kalau nak taau lebih lanjut tanya la mr. google yea.Kejadian ni berlaku masa bulan puasa yang lepas. Tapi di sebabkan kehilangan semangat jadi semuanya tertangguh. Harap maklum la yer.

Tarikh :  11 Ogos 2012
Masa :  Anggaran 9.00 p.m ke 9.30 p.m
Lokasi : Persiaran Majlis ,Banting Selangor.

Korang jangan kata aku jadi kutu malam plak yerrr. Aku kan kerja ala-ala buruh kasar.....ooppsss. Aku kena jaga kerja buat jalan malam tu. malam minggu hokeyy...setelah kenyang dek maki hamun buat kerja di siang hari terpaksa la jugak bekerja waktu gelap malam . Lepas berbuka  jer aku terus blah tinggal kan laki aku kat rumah. Sampai site dalam 8.30 p.m. Tunggu premix dalam kul 9.00 p.m baru sampai. Susun itu ini semua settle aku pun mula berjalan-jalan sekitar site nak ambik gambar. (Konon nak bukti kat bos aku ada kat site....poyos kan ). Ok korang tengok gambar 1 dan seterusnya. setiap tempat gambar yang aku nak ambik aku off kan dulu kamera .Kamera buruk memang cepat habis bateri nyerrrr.Padahal lupa nak charge.Ok tengok dan perhati betul-betul. Cehhhh macam la seram benor.

Arah melawan menghala ke pasar awam banting

Arah melawan menghala ke pasar awam banting

Saje ambik gambar pekerja sama warna ngan malam ;-)

Arah ke pasar Banting .kiri jambatan ada kunci air.

Berdiri di atas jambatan arah ke trafic light

tutup kamera dan ambik lagi sekali sebab tadi ada kereta nak langgar aku.( Sebab buat laluan kontra) dan gangguan cahaya lampu kereta.Lokasi sama tapi tepi sikit


Untuk lebih jelas tentang lokasi ini. Korang ada ikuti kes pembunuhan Sosilawati ? Kalau tak ikuti pun mesti tahu kan.Kat jalan ni ada sungai yang ada kunci air juga merupakan salah satu lokasi siasatan pihak polis. Antara tempat bahan bukti di buang. Tapi aku tak kaitkan gambar ni dengan kes Sosilawati pun.

Mula-mula tak perasan. lepas belek-belek balik gambar...ooppssss.....apakah...? adakah.....? terus jer seram kat tengkuk. Nak tak nak just silent. Kehulu ke hilir aku kat jalan tu sampai pukul 5.30 pagi. Itu pun tunggu last trip premix tak sampai-sampai aku blah. isyak aku leh gagahkan solat kat opis. subuh takde makna nyerrr. lagi lah lepas tengok gambar tu. balik rumah sudah. aku tengok mamat2 india tu dah bergolek2 kat atas rumput. sempat gak la sahur kat Mc D. laki aku kat rumah tak sahur pun.

terpulang pada korang nak kata apa. mesti ada yang cakap bulan puasa mana ada hantu. syaitan semua kan dah diikat. mungkin juga kamera aku berhabuk .......kot. hanya Allah yang maha mengetahui. semoga aku sentiasa di lindungi ketika mencari rezeki....amin.




.

Monday, October 01, 2012

Deja Vu - Shila Amzah



Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi

Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta



.

Monday, September 03, 2012

Abby dalam kenangan

2 september 2012 abby telah pergi meninggalkan kami. sebulan lebih selepas adik oyen pergi meninggalkan kami. lebih 3 bulan abby menderita . semuanya kerana FIP. virus yang tiada penawar. terlalu luluh dan sedihnya aku melihat abby menderita begitu dan pergi meninggalkan aku. 2 kali cecair dlm perutnya aku keluarkan. kali yg ke 2 membuat nya semakin lemah dan hilang selera makan. kami sempat bawa abby beraya di terengganu. nafas nya semakin sesak 2 hari sebelum abby pergi. kami semadikan abby sebelah kubur adik oyen di tepi tasik.

Damai lah anak2 ummi disana, di syurga abadi. terima kasih Tuhan kerana pinjamkan mereka pada ku.walaupun cuma sebentar , walaupun aku masih tak puas menyayangi mereka,walaupun aku masih tak puas membelai dan menatap wajah2 comel mereka , tapi aku redha kerana Kau lebih menyayangi mereka. Akan sentiasa aku rindu wajah2 comel mereka yang pernah sentiasa menanti aku di muka pintu waktu pulang kerja.

Air mata ini tetap akan terus mengalir bila mengenangkan saat2 indah bersama abby. saat2 sukar melihat abby menanggung kesakitan.saat2 sukar dan sakitnya dada melihat abby menunggu ajal.......ya Allah.......sayangi mereka.

Nasihat aku pada mereka yg sering boarding si comel , hati2 dengan lokasi yg anda pilih. tapi sebolehnya aku nasihatkan JANGAN......minta lah bantuan jiran, kawan @keluarga anda untuk jaga mereka. takut apa yg terjadi pd abby berlaku pd si  comel anda. sayangi si comel anda sebaiknya. virus FIP hanya menyerang kucing dan tiada penawar untuknya

Terima kasih kpd Hillpark animal medical centre, kerana byk membantu dan merawat abby ketika hayatnya.

abby , oyen..........
ummi sayang kalian.




Tuesday, July 24, 2012

YA ALLAH,Kuat kan Lah Aku

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk Ramadhan ke 4, Alhamdulillah. Tapi semalam adalah hari yang sangat meluluhkan hati aku. Entahlah , Tuhan nak uji aku. Rasa gelap dunia ni. Semalam Oyen kucing yang aku baru jaga sebulan lebih dah pergi meninggalkan kami. Oyen jatuh dari tingkat 14 . Kejadian berlaku depan mata. Bayangkan lah perasaan aku masa tu. Menangis tanpa airmata. Sakit nya di dada. Dalam masa yang sama Abby pulak sakit kena serangan virus yang tiada ubat. Aku fikir Abby dulu yang akan pergi meninggalkan kami. Allah maha kuasa ,rupanya Oyen yang dulu meninggalkan kami. Aku tak sanggup untuk turun melihat keadaan Oyen. Hanya mampu menanti Hubby balik untuk menguruskan Oyen. Kesian Oyen ..... jatuh dari tempat yang terlalu tinggi. 
Hubby letakkan Oyen dalam kotak supaya aku tak dapat lihat Oyen yang comel dan aku selalu belai sebelum ini. Aku tak sanggup.......Ya Allah.Malam sebelumnya aku sempat bawa Oyen jalan2 naik kereta ,dia tidur dalam pelukan aku , tenangnya aku rasakan masa tu. kami tinggalkan Oyen dalam rumah sementara kami hantar Abby ke UPM. Mengharapkan ada sesuatu harapan untuk lihat Abby sembut. Tapi tidak, kami akan lihat Abby perlahan2 sakit dan pergi meninggalkan kami.Ya Allah kau kuatkan kan aku . Patutlah dua hari sebelum kejadian hati aku rasa tak senang dan tak selesa.
Balik dari UPM air mata tak henti2 mengalir. remuknya rasa hati ni. Petang itu kami kebumikan Oyen di tepi tasik .semoga Oyen tenang dan seronok di syurga nya.Airmata terus mengalir, aku perlukan seseorang ...nasib ada hubby yang memahami. Sebaknya hati ku , sakitnya dadaku menahan sedih.

Oyen, maafkan ummi Oyen sebab tak dapat selamatkan Oyen.
Abby , maafkan ummi sebab tak dapat tolong Abby. Ummi akan beri yang terbaik untuk jaga Abby sampai Abby tinggalkan kami.
Selepas ini tiada lagi wajah-wajah comel menanti aku pulang di muka pintu. tiada lagi penawar duka hidup kami.Tiada lagi yang melompat riang bermain. Ya Allah.......Tabahkan kami.

Ya Allah, kau kuatkan lah semangat ku , kau tabahkan lah hati kami dalam menempuh ujian mu. sesungguhnya ujian yang kau beri ini aku terima dengan redha .mungkin ada rahmat di sebaliknya. Ya Allah , kau kurangkan la kesakitan pada Abby , kau ambil lah dia dengan mudah sesungguhnya dia makhluk tidak berdosa. Kami tidak sanggup melihat dirinya terseksa.Kau tempatkan lah Oyen di syurga Mu yang indah....Amin

Monday, June 25, 2012

Bengang Dohh......

Assalamualaikum.....

Haiiii...entah la. Makin membara pulak rasanya hari ni. Salah aku ker buat report kat bos pasal kontraktor buat kerja. Dah kalau kerja tak betul , yang tak betul tu juga la yang aku report. Dah terbukti nyata buat salah, takde perancangan.Macam-macam alasan di bagi. Harga tak untung la, susah nak buat la......kalau dah takde untung, tak boleh nak buat ,tolak jer la.Yang terima gak buat apa.....ramai lagi kontraktor kat luar yang nak buat. Aku lagi suka kalau di tolak.....takde memeningkan kepala otak aku. Ni tak pasal-pasal aku ngan bebudak lain bergilir-gilir kerja malam.


Bos aku yang tak pernah marah, hari ni pepagi dah naik hangin tengok opis tunggang langgang . Memang macam tak buat kerja lah.Pastu boleh plak tersentap, tak nak dah buat kerja-kerja kat sini lepas ni.....haaaaa bagus pun... bukan elok pun kerja nyer.

Tugas kitaorang memantau kerja-kerja kontraktor. Kalau kerja tak betul kitaorang tegur. Tak betul gak report pada bos. Bila big bos tegur n banding kan dengan kerja kontraktor lain boleh plak nak marah dan nak tahu sape yang report kat big bos. Peduli ape big bos tu kawan dia ker ,jiran sebelah rumah ker. Habis kerja yang tak siap depan mata ni sape nak tanggung....nak suruh aku tanggung....wahhhhh......banyak ko punya hensem. Betul la kate Aizi.... "BAIK KERJA DENGAN PENYAMUN LA DARI KERJA DENGAN GANGSTER"........terbaik.........nampaknya seminggu la makcik balik kul 12 malam.....









Sunday, June 24, 2012

Sesi meredakan marah

Assalamualaikum......

Situasi 2 hari ni memang menaikkan darah makcik. Apa yang makcik bimbangkan tentang kerja seorang kontraktor ni benar-benar berlaku. Buat kerja takde perancangan. Dan akhirnya orang entah kemana, kerja tunggang langgang.....berbakul2 dah dosa makcik hari ni maki orang. 

Yang menambahkan kesakitan hati makcik, esok dah start kerja , tapi pejabat macam baru lepas gempa bumi. Dua hari makcik pegi ofis di kala kenkawan lain berehat2 n berjalan2 dengan family. Xpe la sebab bukan selalu pun weekend makcik kerja. Semangat nak buat ofis baru. Tapi semuanya hampeh.hari pertama yang datang kerja 2 orang. itu pun kul 10.30am baru sampai Kerja banyak nak buat ni........lom kul 5 dah balik. Makcik suh esoknya dtg awal dan bawak lebih pekerja. Ya....jawab nya.....hurmmmmm....

Pagi ni kul 10am makcik sampai, satu batang hidung pekerja pun tak nampak. Tepon kepala nya......kat KL kata nya....boleh ko, haaaaa.....memang naik la darah aku. dengan opis dah tak rupa opis. Barang main letak jer kat parking YDP, simen bersepah kat garaj motor.....yang lagi best semalam siap pesan kat JAGA suh kirakan barang yang hardware nak hantar sebab dia nak balik dulu. Terbaikkkkkk...wok.

Dan yang lagi terbaikkkkk punya.......kul 6.30ptg tadi ada call masuk. cam biasa time2 hangin ni jangan la angkat memang berlori2 dosa makcik kang. SMS plak.....SALAM PUAN. SAYA BARU SAMPAI BANTING. INGAT NAK DATANG PEJABAT NAK KEMAS BARANG DENGAN SAMPAH, BOLEH DATANG KEJAP TAK.........Hamboi!!!!...woiiiii ...dah dekat kul 7 la weiiii. ko ingat aku duduk banting ker, senang2 suh aku datang kejap.memang kena bahasa la jawab nya. Ape ko hingat pagi tadi aku suka-suka datang opis, saje2 drive 1jam dari Putrajaya ke Banting, saje2 tinggal suami kat rumah......Pandai buat, Pandai-pandai la ko jawab yea.......

Sebab marahkan orang habis masin sup makcik.......kwang...kwang...kwang.

Balik rumah tengah marah-marah....nampak abby terus jer sejuk....balik.....petang marah balik . tengok plak gambar2 abby....sejuk balik......hahahahha

moh kita layan gambar abby.......


 















Tuesday, June 12, 2012

BJD kena cabul

BJD kena cabul.......? apakah....?.....Oppsss.... jangan panik. BJD tu keta MYVI makcik la. Makcik tak tahu nak marah kat sape n salah sape sebenarnya.Takut-takut salah sendiri kan. Al-kisahnya ada satu benda bulat kat bumper belakang BJD tu yang asik la tanggal jur kerjanya.Tapi tanggal pun dia still tergantung lagi sebab ianya ber skru kat dalam. Niat dalam hati nak gam jur cover yang kat luar tu. Tapi niat tu tak la jugak terlaksananya.(Padahal gam UHU dah ada dalam BJD tu). Kenkawan asyik la dok menegur benda tu terkulai, tindakan serta merta makcik cuma lah lekat jer balik .Tapi bila dah keta tu berjalan tanggal la balik tapi tak jatuh sebab benda tu berskru kat dalam.Idok ler makcik risau. Maka nya hari pertama bekerja selepasnya makcik balik dari berjoli-joli, ada kawan menegur. Selalunya dia tengok benda tu terkulai jur tapi ari ni dah berlubang terus. Haaaa hamik ko...... disebabkan masa tu tengah xde perasaan dek kerana demam yang melanda.....terima jur laaaa. Ada la tangan yang gatal, hati yang busuk mencuri nya. Sebab nya benda tu takkan tercicir kalau takde tangan yang memusingkan dan menanggalkannya....Al-kisah......Makanya bummper BJD tu berlubang la sekarang ni. Fungsi sebenar benda tu pun makcik tak tahu....hehehehe. Nak kate sensor tak juga.....sbb sensor BJD tu masih lagi berfungsi dengan baik....hurmmmm apa-apa pun makcik kena gak cari ganti benda yang hilang tu yer....... Ada sesape berminat dengan BJD makcik....hehehehe...takde la terdesak , cuma memikirkan sekarang ni makcik berdua, tapi kereta ada 3.....tapi pegi keje guna 1 kete jer,sebab Pak Mi-g naik moto....haaaaaa. kayo makcik...ko ada.

 Tengok betul2 ....punya la panjang skru , boleh tanggal macam tu jer...tak logik beb

  
Patut nya kat sini makcik nak bubuh gam yang konon nya tak sempat sempat tu....

  
Bogel dah keta makcik...........harus la mencari ganti nyer......





Thursday, June 07, 2012

Batuk Yang Terlampau




Sungguh tak pernah seumur hidup makcik kena serangan batuk macam ni. Rasa macam ada anai-anai yang sedang membuat sarang kat tekak. Gatal nya..Perghhhh....menyengat beb. Sekali layan batuk , keluar semua isi dalam perut.Suara terus hilang n jadi garau.. Mula-mula kena tu memang serangan demam panas la.Tekak yang teramat perit nya.

Sekarang ni rasa macam ada rama-rama sedang berterbangan di dalam tekak.Mendalam betul batuk nyer.Dah dekat 2 minggu makcik kena virus xboleh blah ni sejak balik dari berjoli2 kat Bandung. Mungkin virus dari Bandung kot...kot..kot. Yealah suasana kat sana mana sama. Persekitaran nya juga kurang sesuai dengan kita yang duduk kat Malaysia ni. Jadi nya pada yang mereka yang baru pestime nak pg Bandung tu , kuat kan dulu antibodi memasing baru pegi, kalau tak nak demam bila balik Malaysia nanti.








Wednesday, June 06, 2012

Kenapa Putrajaya ?



 Salam semua,

Hari ni nak citer sikit pasal Putrajaya. Perghhhh....... Putrajaya beb. Makcik kan duduk Putrajaya .Dekat 4 tahun gak la makcik duduk kat tingkat 14 presint 9 ni. Kerja kat Banting duduk Putrajaya ko, Pak Mi-g nya plak kerja kat Wangsamaju...haaaa ko ada. Tiap bulan spend duit minyak mesti tak kurang RM 200. Itu kalau naik MYVI la. Tapi kekadang gatal nak berlagak naik GL jadi nya paham2 udah lerrrr. Nasib la Pak Mi-g laki makcik tu pegi keje naik motor LC bodol kesayangan dia tu...jadi nya boleh lah kecek sikit duit minyak kat dia kalau hujung2 bulan sesak  kan. hehehehe . Kalau nak citer masa perjalanan plak , paling cepat sampai ke Banting 30 minit, itu kalau atas jalan cuma ada MYVI makcik jer la...kalau kongsi dengan kenderaan lain paling cepat 45 minit itu pun kalau semua trafic light kaler ijau , lori tak mengada-ngada atas jalan dan sudah tentu nya bawak keta dengan hati yang kering........waahhhhh hebak mung...

Mesti ada yang tanya balik bila makcik cakap makcik duduk kat Putrajaya. Kenapa tak duduk Banting jurrr...Banting kan sejak akhir2 ni makin glamerrrrr......Gold Coast pun ada kat Banting tau.....hehehehe. Kekadang penat nak jawab. Sebab nya......
  1. Pak Mi-g kan kerja ngan federal , jadinya Putrajaya la lokasi kuaters yang paling hampir dengan Banting. 
  2. Kalau nak guna kuaters makcik kat Banting tu tak payah laaaaa...jaman British punya beb.
  3. Nak sewa rumah kat Banting? hurmmmm baik aku duduk Sijangkang jurrrr.
  4. Sebelum kawin lagi dah bercita-cita nak duduk Putrajaya..... kihkihkih
Sebenarnya memang seronok duduk Putrajaya ni. Walaupun hanya mampu duduk kuaters merpati ni. (kena down gred sebab stesen dia kat KL). 10 sebab kenapa makcik suka duduk Putrajaya ni.......
 
  1. view dari balkoni rumah makcik ni sangat la cantik. Makcik suka suasana pagi @ petang selepas hujan....sungguh mendamaikan .
  2. Jalan dan longkang nya takde sampah .
  3. Hari2 ada orang sapu daun2 kering kat parking.
  4. Kena bayar ganti rugi kalau ko eksiden walaupun cuma langgar signboard hump.
  5. Kalau lift rosak tak payah guna tangga sebab diaorang akan cepat2 betulkan.
  6. Dekat dengan Alamanda.
  7. Kalau nak beli makanan kat pasar kena beratur .....
  8. Penduduk nya tak suka buang sampah dari tingkap kereta.
  9. Semua beratur tunggu giliran ketika nak masuk ke simpang @ menunggu traffic light ke kiri ur ke kanan hijau.
  10. Penduduknya bawak kereta secara tertip dan hormat pemandu lain ( Xde cucuk2 belakang n himpit kereta oraang lain)
Kalau jumpa orang yang tak buat perkara 7 sampai 10 tu selalunya orang tu bukan orang yang tinggal kat Putrajaya @ baru nak belajar duduk kat Putrajaya @ memang orang tu xde kesedaran sivik dan sememangnya bengap.


 Dan yang paling best tak payah susah-susah menempuh jam nak tengok bunga api. Dengar jer bunyi terus jenguk kat balkoni....waaahhhhh...sambil minum kopi.....hehehhe






Friday, June 01, 2012

NASI AMBENG SPM

Macam pelik jer kan tajuk post hari ni. Ada ker jual Nasi Ambeng SPM ? suka-suka jer bagi nama kan. hehehehe
Sebenarnya, nasi ambeng ni sempena majlis doa kesyukuran untuk anak-anak sedara makcik yang dah lulus SPM dengan cemerlang. Alhamdulilah.......ketiga-tiga mereka membanggakan kami semua, amin.....Majlis doa kesyukuran ni kami buat sekeluarga jer. Nasi ambeng pun pakai order jerrr, kitaorang tinggal nnngggap.Seronok bila makan nasi ambeng dalam dulang beramai-ramai ni. Mengembalikan nostalgia masa kecik-kecik dulu. Bila petang ada orang jemput suh p kenduri, malam mesti tunggu arwah abah balik bawak "berkat". Sedap nyer rasa nasi ambeng masa tu, lagi-lagi yang dibungkus dengan daun pisang.Berebut-rebut kitaorang adik beradik makan. Tapi itu dulu, sekarang susah nak jumpa suasana macam tu lagi.

Kepada Mohamad Nabil , Hamizan Faiz dan Akalily Najwa , tahniah acik ucapkan. sorry lerr xde hadiah untuk korang. hehehe. Kalau nak kira hadiah RM 10 untuk setiap 1A yang korang dapat mau puasa sebulan acik ko ni haaaa. Hadiah tunggu duit raya jer la yer korang, ngeeeeee.
Diaorang pun dah dan akan ke Universiti dalam bidang yang diaorang pilih. Nabil dah pun mendaftar kat UTM 27 Mei kelmarin, ambil kursus Aeronautikal yang diimpikan sesangat. Insyaalah Hamizan esok akan pegi mendaftar kat UITM Kuala Pilah untuk jadi Petani moden. Lepas ni lagi subur la bunga-bunga ibu kau kat depan rumah tu yer. Akalily tengah ambil persediaan ke luar negara dengan biasiswa Petronas. Alhamdulillah   apa lagi nak diucap selain sebuah kesyukuran.
Layan jer la gambar-gambar kat bawah yg makcik ambik ngan kamera kecik makcik. Layan jer tau jangan komen apa2...hehehe...Layanzzzz

 Woooo ...hebat mung maing game. Fateh Aiman anak sedara makcik yang duk Paka T,ganu.


              Ayam jer ada seekor setengah...melantak tak hinggat. Syukur atas nikmat yang diberi Nya

 Ini cucu makcik yang ke berapa yerkkk....malas nak kira, Budak Adam comel ni kena tinggal ngan mama dia yg pi kursus Induksi
 Opppssss.....senyum , tak perlu kata apa-apa....senyum.

 My BIL tok imam baca doa kesyukuran

 Yang ni Mohammad Nabil. Tengah kena buli kot kat UTM Semarak sekarang ni.....hehehe

 Yang berkaca mata tu Hamizan Faiz

 Haaaaa yang ni kembar makcik, dulu makcik rasa kecik bila berdiri sebelah dia sekarang sama besar dah...huhuhuhu......didie anak sedara makcik

Jom kita kenduri reramai....!!!!!









.

Thursday, May 31, 2012

HITAM yang MANIS


Salam semua.....
Perghhh.....semua konon , macam ramai yang baca blog bodol aku ni. Menaip pun sebulan belum tentu kan, macam mana orang nak jenguk blog ni......hahahahaha
Bukan tak nak menaip dah kat blog ni , cuma masa jer yang tak mengizinkan. kalau ada pun waktu untuk menggemukkan dan merehatkan badan.
Kalau fikir pasal kerja , sampai mati pun takkan habis.......tapi kalau tak kerja mana nak dapat duitnya. Bayar keta, duit isi minyak, isi perut, dan paling utama memenuhi selera shopping seorang wanita ...wahahaha.

Untuk salam perkenalan yang dah lama xmenaip di blog ni , makcik cuma nak bagitau , memandangkan tahun 2012 ni telah di jangkakan akan berlaku nya pilihanraya....makanya kami yang bekerja di PBT ni terutama Jabatan yang menjalankan projek-projek infrastruktur adalah orang yang paling sibuk. Dan antara hasil yang makcik dapat dari kesibukan itu adalah........jeng....jeng.....jeng

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


Haaaaaa........inilah hasil nya .Penat makcik sebelum ni menyental nak kasi putih kulit balik.......sekali sekejapan jer... wahhhhh....... manis kulit ku. Seharian menjaga kerja-kerja premix ini lah hasil nya. Dah tahu cuaca panas ,tambah plak suhu premix yang panas tu, pastu ko pi gulung plak lengan...hamik ko. Ini adalah hasil di hari pertama. Bayang kan untuk hari2 berikut nya selama 4 hari bersamaan 4 projek. Makcik tayang tangan jer la yer......muka takyah la tayang. Kalau calit milo kat muka beza sikit jerrrr...hehehehhe.
Sekarang makcik tengah berusaha mengembalikan keaslian warna kulit.....kahkahkahkah. Dan juga berusaha untuk kuruskembali seperti sebelum kawin. kurusker.....tangan kat bahu mata pandang atas....hahahha. Go Huda Go....u can do it.....






.

Tuesday, March 20, 2012

CARROT CAKE

Resepi ni atas permintaan seorang adik yang pernah praktikal kat opis makcik. sebenarnya dah lama dia minta. tapi maaf bebanyak la Yana , akak ko ni amat la pemalas nyer. tapi kerana yana, akak gagahkan juga.hehehe.nanti kalau dah buat jangan lupa hantar opis yea...

Kek yang makcik buat ni khas untuk hari jadi kakak angkat makcik, kak yati. Suami kak yati yang suh makcik buatkan khas untuk isteri tersayang. Ala... Pak Din DY catering, sape2 nak kawinkan anak ur apa2 majlis yang nak guna catering bolehlah calling2 makcik. makcik akan sampaikan pada Pak din ...harga amat berpatutan dan boleh di bincang.


BAHAN-BAHAN
200 GRAM LOBAK MERAH - PARUT HALUS
250 GRAM TEPUNG KEK
150 GRAM GULA PERANG ( KALAU SUKA MANIS BOLEH TAMBAH LAGI 50 GRAM )
200 GRAM MINYAK JAGUNG / SAYURAN
70 GRAM BADAM / WALNUT / GAJUS / KUACI CINCANG - PANGGANG SEKEJAP
70 GRAM KISMIS
3 KEPING NENAS DALAM TIN - POTONG KECIL DAN TOSKAN @ PERAH AIR NYA
4 BIJI TELUR GRED A
2 SUDU KECIL BAKING POWDER
1/2 SUDU KECIL SERBUK KAYU MANIS

CARA-CARA
1.  Campur dan ayak sekali  tepung , baking powder dan serbuk kayu manis.
2.  Pukul telur dan gula perang sampai kembang.
3.  Masukkan minyak jagung/sayuran dan pukul lagi sampai sebati.
4.  Perlahankan putaran dan masukkan bahan-bahan yang dah di ayak.
5.  Masukan lobak , kacang , kismis dan nenas dan gaul guna spatula .
6.  Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven yang dah dipanaskan dengan suhu 170'C selama 40 minit

BAHAN TOPPING
500 GRAM KRIM KEJU
125 GRAM MENTEGA
100 GRAM GULA AISING - KALAU NAK MANIS BOLEH LEBIHKAN

Cara-cara
Pukul kesemua bahan sampai sebati. dan hias kek ikut suka hati......










.

Wednesday, February 22, 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...