Showing posts with label koleksi. Show all posts
Showing posts with label koleksi. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

BJD kena cabul

BJD kena cabul.......? apakah....?.....Oppsss.... jangan panik. BJD tu keta MYVI makcik la. Makcik tak tahu nak marah kat sape n salah sape sebenarnya.Takut-takut salah sendiri kan. Al-kisahnya ada satu benda bulat kat bumper belakang BJD tu yang asik la tanggal jur kerjanya.Tapi tanggal pun dia still tergantung lagi sebab ianya ber skru kat dalam. Niat dalam hati nak gam jur cover yang kat luar tu. Tapi niat tu tak la jugak terlaksananya.(Padahal gam UHU dah ada dalam BJD tu). Kenkawan asyik la dok menegur benda tu terkulai, tindakan serta merta makcik cuma lah lekat jer balik .Tapi bila dah keta tu berjalan tanggal la balik tapi tak jatuh sebab benda tu berskru kat dalam.Idok ler makcik risau. Maka nya hari pertama bekerja selepasnya makcik balik dari berjoli-joli, ada kawan menegur. Selalunya dia tengok benda tu terkulai jur tapi ari ni dah berlubang terus. Haaaa hamik ko...... disebabkan masa tu tengah xde perasaan dek kerana demam yang melanda.....terima jur laaaa. Ada la tangan yang gatal, hati yang busuk mencuri nya. Sebab nya benda tu takkan tercicir kalau takde tangan yang memusingkan dan menanggalkannya....Al-kisah......Makanya bummper BJD tu berlubang la sekarang ni. Fungsi sebenar benda tu pun makcik tak tahu....hehehehe. Nak kate sensor tak juga.....sbb sensor BJD tu masih lagi berfungsi dengan baik....hurmmmm apa-apa pun makcik kena gak cari ganti benda yang hilang tu yer....... Ada sesape berminat dengan BJD makcik....hehehehe...takde la terdesak , cuma memikirkan sekarang ni makcik berdua, tapi kereta ada 3.....tapi pegi keje guna 1 kete jer,sebab Pak Mi-g naik moto....haaaaaa. kayo makcik...ko ada.

 Tengok betul2 ....punya la panjang skru , boleh tanggal macam tu jer...tak logik beb

  
Patut nya kat sini makcik nak bubuh gam yang konon nya tak sempat sempat tu....

  
Bogel dah keta makcik...........harus la mencari ganti nyer......





Wednesday, February 15, 2012

OUR NEW BABY

Oppssss sebelum tu lap habuk dulu ...hehehe. Tiap hari jenguk blog ni walau tahu xde sape nak baca , tapi atas kemalasan dan kelembapan berukband ni maka bersawang la ia kawan2 tanpa sebarang update. Banyak sebenarnya nak cite tapi bila makcik menunggu upload gambar sampai tertido, xpe lah makcik mulakan dengan cita baby baru yea.....

Alhamdulillah hujung tahun lepas keluar la apa yang di impikan.
Apa diaaaaaaaaaa?   
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'



 

 Taraaaaa....!!!!!!  Hurmmmmm dah basi........

Sebenarnya tak rancang pun nak beli keta baru. Yealah memandang kan keta MYVI makcik tu ada 2 1/2  tahun lagi perlu dilangsaikan hutang nyer. Tapi memikirkan keselamatan hubby makcik yang selalu outstation dengan keta wira nya yang klu di tengok dari luaran nauzubillah........dah rope besi timbang kati...hehehe...opss sorry. Selepas berkira2 dari semua aspek dan kemampuan , akhirnya makcik pun meng "offer" kat hubby makcik kalau nak beli keta baru. Mula2 offer keta Persona....Hurmmm baik pakai keta lama kater nyerrr ko. pastu offer plak keta Exora ....."beso sangat la" hurmmmm bini ko beso ko nak plak kan...hehehehe. kalau macam tu kite beli Alza......."MYVI kan dah ade".......(Eeerrrkkk......MYVI ngan ALZA same ker) adehhh laki aku......kalau ...XGEAR ok x? ...tau ape jawab nyer..." Dah nak pi tengok malam ni ker"  haaaa hamik ko....dan dan malam tu gak kitaorang pi Tan Chong kat Diplomatik. Nasib bukak lagi.......sebenarnya saje nak meninjau2 jer malam tu. Test dulu XGEAR....agak kecik, n SA pun xberapa nak galak untuk yang selalu balik kampung. bila cakap kalau booking 6 bulan belum tentu dapat, terus laki makcik bertukar arah pada keta yang pamer kat dalam...ape lagi GL la....mula2 berkira gak...tapi monthly x jauh beza dan faedah nya lebih dari XGEAR... terus keluar deposit RM 500. banyak plak dia kuar duit malam tu .macam tau2 jerrr.

Mula2 booking 1.6....kat opis ada setan pakai songkok hasut suh ambik 1.8.....hehehehe jangan marah Pak Din. kira punya kira beza xsampai RM 100......akhirnya selepas 3 minggu maka keluar lah siputeh ni.....

Ikut perancangan keta wira tu kami nak jual.....walaupun banyak berjasa , sape plak nak guna keta tu, kami berdua keta sampai 3....kayo makcik. sekarang keta tu kami hantar cat baru........keta tu buruk kat luar je tapi enjin dah guna mitshubishi dan dah pasang sunroof.....sape2 berminat boleh la contact makcik. nanti dah siap keta tu makcik update yea....Sekian untuk hari ini....akan di susuli perjalanan makcik dengan baby baru yea.......daaaaaaa

Sunday, November 20, 2011

clarks warehouse sale

 Dah lama juga makcik tak bersiaran. Adalah penyakit malas makcik makin menjadi-jadi. Nak pegi kerja pun dah terasa amat la malas sekali. huhuhu. Kekadang nak makan pun malas...hahaha...tapi tak gak kurus nyer khan.
Ok lah di hari minggu yang cerah ni macam biasa la. makcik tinggal sorang ngan abby.selalunya ari sabtu makcik tinggal sorang. tapi minggu ni hari Ahad. mesti korag dah tau kan nape makcik selalu duk rumah sensorang weekend. HB makcik kan workerholic....kah kah kah. tapi tak kaya2 gak kan .alhamdulillah walau tak kaya, hidup senang sikit. apa nak makan semua boleh dapat.HB makcik kan kerja kat JLKN jadi nyer hujung2 tahun ni amat la sibuk. tak hujung tahun pun sibuk gak wei....
minggu ni magic sikit sbb selalu hari sabtu HB makcik kerja, hari ahad duk rumah. Tapi minggu ni lain sikit .sebabnyer...haaaaa....pagi-pagi lagi makcik dah paksa HB hantar makcik pegi tempat ni.

Dah lama makcik tunggu2 sale ni. selepas terlepas bulan Mei punya tempoh hari makcik sentiasa check kat internet. kali ni pun hampir terlepas juga sbb lama tak bukak webpage shopping n sales. terperasan pun bila terbaca komen kat scholl sale. Apalagi waktu yang dinanti2 la khannn walaupun hujung2 bulan yang tengah sesak  ko.
Makcik kan pengguna clarks. Al-maklumlah kaki makcik kan ala2 bigfoot....hanya clarks yang selesa dikaki makcik.Pastu Clarks ni kan harga dia kalau tak RM200++ bukan la clarks namanya.Makcik xboleh nak pakai vincci , nose, carlorino, sembonia n etc. Bukan xde saiz tapi xselesa.Ada la gak beli sebelum ni . Tapi 2-3 kali pakai jer la pastu sedekah kat orang xpun tgu la reput dalam almari kasut.
Makcik n HB kuar rumah kul 9.45 pagi. Sampai Jaya One dalam Kul 10.30. Parking kat depan cold storage. Nampak la banner n bunting kat area cold storage tu. xsusah cari lokasi ni walau kali pertama sampai . sampai tempat yang di tuju orang tengah beratur , ingat pendek jer barisan tu...sekali hambik ko lebih 100m punya panjang.
 Macam tak sanggup jer rasa nyer nak beratur ko. makcik n HB pun cadang pegi ke bangunan sebelah untuk scholl punya sale. Hurmmmm penat jer jalan. kasut2 yang di jual amatlah tidak menarik perhatian makcik. dan kebanyakkan nyer adalah sandal yang end of season. pegi la menapak semula ke Jaya One. Hurmmmm  camna yerk nak pegi ari ahad HB plak kerja. Ahhhh nak tak nak beratur gak la makcik n HB akhirnya.


20 minit beratur. sauna free, korang ada?

Hampir setengah 45 minit baru lah makcik berada di tempat ini . tengok la berapa panjang daaa. Sabar yer jap lagi korang sampai la kat tempat makcik berdiri sekarang ni.hehehehe

Baru Sampai kat pintu masuk kawasan parking. ada sejuk sikit la sebab ada kipas disediakan. fuhhh lega.walaupun ada lebih kurang 50 meter lagi utk masuk hall.

Adalah perlu kesabaran pada setiap orang ketika beratur dan akhirnya selepas 1 jam dapat juga saya tengok tulisan entrance tu yer. tapi ada 20 meter lagi di depan.
Dan selepas hampir 1 jam beratur dapat la juga makcik masuk ke hall. time ni ko jangan nak memilih sangat. minta jer apa yang berkenan kat mata dulu. kendian baru tolak mana yang tak best n terlebih budget.kalau pakai clarks kaki makcik jadi kecik sikit sebab mak cik pakai saiz 7 hehehee. Tapi kalau kasut lain saiz 9 ur 10... kekadang xde saiz pun....kah kah kah.Dan amat lah bertuah kerana banyak saiz yg ada saiz 7....hoorray!!!!! saiz aku banyak. Tapi disebabkan makcik pegi hari kedua banyak gak la yang dah habis stock. nasib tak pegi hari ahad.kalau x tinggal sisa2 jer la. dan nasib juga la tak pegi hari jumaat. kalau tidak semua makcik nak sebat.selepas hampir 1jam memilih akhirnya makcik sebat 2 pasang kasut n 1 pasang sandal.HB makcik biasa la xberapa minat bershopping ni. Tapi dapat gak sebat sepasang kasut. Kasut bebudak pun banyak comel2 n murah2 belaka. berbaloi-baloi. tapi makcik lum diberi rezeki anak lagi xde la makcik beli. Nak beli kan utk abby xde saiz....kihkihkih.Korang cuci mata jer la yea tgk kasut2 makcik ni hehehehe.

BEAT BLOCK ....Dah lama aim kasut ni ....Harga asal adalah RM 298 .Makcik bayar RM 180

Sandal ni saje nak menghabis duit aku kan.........Tapi sebab dia merah ku sebat juga time ni harga dia RM 150.

Cantik tak kasut laki makcik, makcik yang pilih sbb yg dia pilih xlawa langsung.....hahaha .Harga asal lebih dari RM 350 tinggal RM 190 jer.

FRUITY PORT. Dah lama gak aim kasut ni......asal pg kedai clarks aku try. akhirnya dapat gak pakai.Harga asal lebih        RM 250 tinggal RM 180
hasil sebat menyebat dah menghabiskan duit aku dan menambahkan hutang kad kredit aku. nangis nak bayar bulan depan.

" Perghhhhh....... kasut saje RM 700" . Kate laki makcik.  "Ok B lepas ni kalau uda nak beli kasut B marah yea". hahahaha. Amat la berbaloi-baloi beratur selama 1 jam. Kerana hanya membayar RM 700 untuk 4 pasang kasut clarks yang kalau ikut harga sebenar adalah RM 1300++.
Kalau makcik punya kaki macam korang tentu makcik xhabiskan sampai  RM 700 untuk beli kasut. Tapi nak wat camna anugerah Tuhan amatlah di syukuri. Kerana kaki yang ala2 bigfoot ini la makcik boleh pakai kasut mahal2 ko hahahaha.
Keluar dari cold storage adalah kul 12.59p.m. perut pun dah lapar duit pun dah habis. pegi makan kat food court kg abu bakar baginda .lepas makan terus balik rumah. adalah laki makcik akan ke pejabat juga hari sabtu itu kerana org tak berenti menelefon. dan Hari ni dengan abby juga kat rumah.....


Thursday, October 06, 2011

KOLEKSI PARFUM

MINYAK WANGI------>WANITA......xdapat dipisahkan. dulu aku xheran ngan parfum ni.time sekolah, time kat PUO sampai la kerja xdo nye aku heran .tapi makcik still wangi tau walau xmandi 2 hari....geliiiii.
tahun ketiga kerja barulah berjinak-jinak ngan minyak wangi.nak tau minyak wangi pertama makcik...?
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
haaaa ni la dia .....women of earth from avon (creadit to mr google)

lepas pada tu sikit demi sikit makcik jadi gile minyak wangi tapi xdela segile bff makcik. makcik suriawatty.....penuh meja makeup dengan minyak wangi.time study sanggup xmakan semata2 nak beli minyak wangi ko....
berbalik kepada citer makcik,minyak wangi yang paling makcik suke bau dia "Tender Poison" from christian Dior dah habis pun...tapi malangnya dah xde di pasaran..sedih
minyak wangi ni pun harga nyer boleh tahan....kena fikir 2,3 kali gak nak beli.tapi kalau dah suke berapa pun sanggup beb.haaaaa tapi itu tiga tahun lepas. sekarang makcik semakin bijak.....muntah. kalau dulu RM 300 boleh dapat sebotol jurrrr sekarang tidak lagi wahhhhhh dengan RM 300 makcik leh dapat berbotol2 termasuk laki makcik punya.petuanya pegi la beli di jualan gudang METROJAYA hehehehe.selalunya makcik pegi yang kat stadium melawati. kekadang ada gak dia wat kat PICC tapi mcm xbest sebab xbanyak pilihan.terbaru makcik sebat I LOVE LOVE dari MOSCHINO yang dah lama makcik puja kan akhirnya dapat dengan harga RM88 sahaja untuk 100ml yang harga asal nyer RM 200++.orang kata bau xkelal lama klu beli kat wholesale....makcik kata tidak ok jurrrr...sampai ke petang ko.layan jur la koleksi makcik ni yer...

ini untuk laki makcik CK-RM 35(100ml) n GIVENCHY-RM 115 (100ml)

cantek kan botol dia

untuk makcik MOSCHINO- RM88 (100ml) n VERA WANG-RM40 (50ml)

ini sebahagian koleksi makcik yang masih ada isi itu pun ada yang sipi-sipi

ini laki makcik punya....bini dia yang ajar semua ni hehehehe

koleksi kami yang xseberapa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...