Tuesday, March 29, 2011

GO GO GENTING...

Nak dijadikan cite , sebenarnya memang dah cadang nak pegi genting ni lama dah. . Almaklumlah.... laki ai ni bz ckt dalam bulan2 tertentu. Dengan outstation ke kem2 seluruh malaysia lagi......Dalam rancang2 tu kami dah comfirm nak pegi 5 dan 6 mac 2011. Tapi semua kuasa Tuhan kan ai masuk spital plak 3 mac tu.Plaknya kuar pun 6 mac maka jadinya cuti di wad 2A je la.


Tapi disebabkan hati dah lama berkobar nak ke genting kami pegi gak la minggu depannya. Terlupa plak waktu tu cuti sekolah. Maklumlah anak xde apatah lagi yang bersekolah jadi xde la ambik tau pasal cuti2 sekolah ni. Fuhhhh dengan semangat nya 12 mac tu pun kami panjat la gunung genting tu......sekali bilik semua penuh daaaaa.....kami turun dengan hampa. Xpe sekurang2nya dapat gak hirup udara berkabus kat genting tu....waaahhhhh.

Oleh kerana xnak hampa buat yang ke 3 kalinya start jer kerja ai suruh lerrr laki ai booking hotel awal2. Bukan ai xleh booking, tapi almaklumlah PC ai kat opis tu dari kurun ke 19 buat sakit jiwa jurrrr.


Maka dengan rasminya kami pun pergi lah bercuti ke genting pada minggu sudah. Terujanya tengok kabus2 yang sejuk ya amat. menggigil xhengat. Batak plak rasanya hehehehhe .bukan xpernah pegi , masa bujang dulu selalu la pegi sebab arwah bos ai suka buat kursus kat genting ni.Sebab sejuk katenya idea senang datang, padahal nak pegi karaoke. Dah arwah pun bos ai, tapi dia lah bos yang paling best n sporting ,al-fatihah untuk dia.


Dah hampir 3 tahun ai kawin, ni la first time ai naik genting dengan my hubby......kesian.ai seram juga nak naik triler game kat sana tapi sebab rasa rugi plak kalau xcuba , gagah kan diri gak la. Mula2 takut, bila dah pekena rasa nak naik lagi walau masa naik tu rasa macam nyawa dah tertinggal kat belakang. Turun dari genting selepas maghrib dengan hati yang puas dan rasa gayat yang masih berbaki.......xpe ok lagi rumah ai pun tingkat 14.....hehehehe Selamat bertemu kembali Genting.





view from my room.......

cantik kan awan tu.....
permandangan Kuala Lumpur dari puncak Genting

usah dikesah dengan muka ai yang sememangnya bolat......

CANTIK TAK....???

Keterujaan betul bila tengok bunga orkid yang ai bela dua tahun lepas xberhenti berbunga. ai suke warna putih nya sebab nampak suci jurrrr......hehehehehe.

Pastu yang kat blah belakang tu bunga bonzai ai yang xberapa nak bonzai.....sayang sangat kat bunga tu.....selalunya ai botakkan tapi xsempat lagi nak botakkan......botakkan seksi......hahahahaha ai sebenarnya dah banyak kali try tanam sayur-sayuran mcm tomato dan timun tapi xpernah berjaya........xpe practise make perfect maaaa....

Jamu la mata dengan bunga ai yang xseberapa yerk.....






WAD 2A HOSPITAL PUTRAJAYA

Bila baca tajuk entry kat atas mesti org yang pernah duk wad 2A tertanya......bila plak minah ni mengandung tetiba bersalin plak ni. Hurmmm pulak dah.......xdenya bersalin mengandung pun belum Tuhan belum nak bagi rezeki lagi. Tapi Tuhan dah bagi rezeki tido dalam wad berekon ,makan free (walaupun mee hangit n gulai yang manis2 belaka) n di layan oleh bidadari berbaju putih (nurse lerrr). Bermula tanggal 3 Mac bermula la penginapan 4 hari 3 malam di wad 2A dan checkout pada 6 Mac 2011.

Hampir 2 bulan ai gagahkan diri melawan keadaan diri yang lemah dan semakin lemah kerana anemia .Mulanya sanggup tahan sbb xnak masuk darah.Dulu2 pun ai tahan bila HB turun ke 6.5 dan akan naik semula ke 8 dalam tempoh 2-3 bulan. Tapi kali ni xtau la , mungkin memikirkan kerja yang tak bergerak sebab ai terlalu lemah nak naik opis kat tingkat 1 pun ai terpaksa berhenti 2x. sakit kepala toksah cakap la......setiap hari bermula matahari terbit hingga terbit kembali xpernah nak pegi.cecita mcm mana ai nak p site kalau kepala otak tu dah berdenyut mcm nak pecah. Dan lagi satu kaki ai membengkak sampai ke paha. Kalau tengok kalah ibu2 mengandung tgu hari nak bersalin. Gelang kaki ai pun dah sendat mcm nak putus ko. tapi xputus lagi laaaaa hik. Tapi sengal ko....rasa kalau sembahyang time duduk antara dua sujud tu rasa jongket jerrr sbb paha n betis dah bengkak.

Kononnya ai nak tgu jer appoinment 16 Mac 2011 untuk jumpa Dr. Tapi memandangkan tidak tertahan rasanya ai paksa hubby ai hantar kat klinik kesihatan presint 9.(xde kerja padahal Dr dah pesan klu apa2 jadi terus dtg ED ngeee). Dr dah ambik darah n air kencing.Semua ok kecuali result HB 6.3. itu pun ai terpaksa datang kali kedua sbb lab xambik bacaan HB ai....boleh ko tengah2 lembik ni klinik wat hal.......Bila dah bacaan HB ai 6.3...ok ,anda ditawarkan penginapan di Hospital Putrajaya. Terus ke ED yerk...pesan Dr.

Pengalaman yang amat berharga untuk dikenang adalah masa Dr.2 membuat pesta cucuk-cucuk kat ai sbb susah nak cari line dan kegagalan line. Perghhhhhh!!!!!!!. Total cubaan cari line sebanyak 12x yang berjaya 4 dan yang gagal berfungsi 1 dan selebihnya suka-suka. Dan tanpa disangka airmata ai gugur juga apabila Dr cuba membuat line di kaki......mak aiiihhhh....Tuhan jer yang tau. Mungkin kaki ai xde daging dan masa tu kaki ai xbengkak lagi. Yang jadi 4 tu bukan apa ,

1. Org kat ED tu guna line kaler pink yang cuma sesuai utk masuk air jurrr....itu pun dah try 4x.

2. kenalah tukar line hijau plak sbb nak masuk darah, tapi sempat masuk 2 beg jurrrr pastu beg yang ke 3 lengan dah merah , gatal dan sengal sakit .....

3. Berlaku kegagalan line bukan sengal je dah....sakit dan perit. ayat bagus Dr. masuk darah mmg la sakit hurmmmmmm ?????? (Dr. pernah ker rasa masuk darah tu mcm mana?, ai dah berjaya 2 beg tau....hehehehe).

4. Bermula lah pesta cucuk2 antara 2 Dr. dan akhirnya berjaya di buat di tempat yang masih bengkak kerana cubaan pertama kat ED.


Lepas pada tu sakit sikit pun ai tahan sbb Dr. ckp klu x ok gak kita cuba kat leher yer Puan. X sanggup ai. Ada gak nurse2 yang bertanya macam mana rasanya masuk darah yerk? sakit x? Hurmmmm.... Moralnya kawan2 xsemua mereka yang cucuk kita sana sini pernah rasa dicucuk masuk line. Dan xsemua Dr. pernah rasa apa yang kita rasa masa Dr buat itu ini kat kita. Tapi satu ai nak puji staff kat Hospital Putrajaya ni...terbaikkkkkk beb. Layanan oleh Nurse2 boleh dikatakan majoritanya first class. Sbb tu ai dah pesan awal2 kat member opis klu jadi apa2 kat ai tolong hantar ai kat hospital Putrajaya......jauh pun jauh laaaa.....tapi kan dekat kat rumah hehehehe. Terima kasih diucapkan pada nurse2 n Dr.2 kat wad 2A kerana jaga ai dengan baik terutama kat Dr Marliana (xberapa nak ingat nama), Dr. Sofia dan Dr Myra .ok Dr Myra bulan Mei nanti saya datang jumpa Dr lagi yerk.

2 minggu merana bengkak kaki macam tgu hari nak bersalin


bilik dan katil beradu selama 4 hari 3 malam

tag nama pertama yang telah di cabut pasang tag nama baru tapi akhirnya di cabut gak air gula perasa lemon...xde la teruk sgt mcm member2 cakap cucukkan line pertama yang berjaya selepas 3 x mencuba di ER line ke-2 khas utk masuk darah selepas 2x mencuba line ke 3 selepas beberapa kali mencuba walaubagaimanapun ianya gagal berfungsi......sakit siottt!!!! line yang terakhir ,lps ni klu xberjaya cari line kat leher yerkk......gila gaban tol. beg yang pertama peace ...steady beb....ahakkk

beg yang ke-2

masih steady walaupun dah terasa sengal n gatal

beg yang ke-3

misi gagal , rasa nak ku tampo nurse yg cuba jalankan darah tu walau dah ku cakap sakit.

disebabkan xnak buat line di leher ku tahan kan juga jebat.......pejamkan mata yg xngantuk akhirnya alhamdulilah



antara pic yg sempat ku ambil tempat2 DR2 membuat pesta cucuk2

dah rupa org hilang akal nak bunuh diri...ngeee



inilah tempat yang membuatkan airmata ku gugur juga akhirnya......nangis wooo

tempat ni dah try 2 kali walaupun masih bengkak


kesan darah berkumpul try n eror katenya...hamik ko


urat kecil pecah salah cucuk line

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...