Tuesday, March 29, 2011

GO GO GENTING...

Nak dijadikan cite , sebenarnya memang dah cadang nak pegi genting ni lama dah. . Almaklumlah.... laki ai ni bz ckt dalam bulan2 tertentu. Dengan outstation ke kem2 seluruh malaysia lagi......Dalam rancang2 tu kami dah comfirm nak pegi 5 dan 6 mac 2011. Tapi semua kuasa Tuhan kan ai masuk spital plak 3 mac tu.Plaknya kuar pun 6 mac maka jadinya cuti di wad 2A je la.


Tapi disebabkan hati dah lama berkobar nak ke genting kami pegi gak la minggu depannya. Terlupa plak waktu tu cuti sekolah. Maklumlah anak xde apatah lagi yang bersekolah jadi xde la ambik tau pasal cuti2 sekolah ni. Fuhhhh dengan semangat nya 12 mac tu pun kami panjat la gunung genting tu......sekali bilik semua penuh daaaaa.....kami turun dengan hampa. Xpe sekurang2nya dapat gak hirup udara berkabus kat genting tu....waaahhhhh.

Oleh kerana xnak hampa buat yang ke 3 kalinya start jer kerja ai suruh lerrr laki ai booking hotel awal2. Bukan ai xleh booking, tapi almaklumlah PC ai kat opis tu dari kurun ke 19 buat sakit jiwa jurrrr.


Maka dengan rasminya kami pun pergi lah bercuti ke genting pada minggu sudah. Terujanya tengok kabus2 yang sejuk ya amat. menggigil xhengat. Batak plak rasanya hehehehhe .bukan xpernah pegi , masa bujang dulu selalu la pegi sebab arwah bos ai suka buat kursus kat genting ni.Sebab sejuk katenya idea senang datang, padahal nak pegi karaoke. Dah arwah pun bos ai, tapi dia lah bos yang paling best n sporting ,al-fatihah untuk dia.


Dah hampir 3 tahun ai kawin, ni la first time ai naik genting dengan my hubby......kesian.ai seram juga nak naik triler game kat sana tapi sebab rasa rugi plak kalau xcuba , gagah kan diri gak la. Mula2 takut, bila dah pekena rasa nak naik lagi walau masa naik tu rasa macam nyawa dah tertinggal kat belakang. Turun dari genting selepas maghrib dengan hati yang puas dan rasa gayat yang masih berbaki.......xpe ok lagi rumah ai pun tingkat 14.....hehehehe Selamat bertemu kembali Genting.





view from my room.......

cantik kan awan tu.....
permandangan Kuala Lumpur dari puncak Genting

usah dikesah dengan muka ai yang sememangnya bolat......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...