Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

EDISI BALIK KAMPUNG JAUH 1/2012

Edisi balik kampung tahun ni dimulakan pada cuti tahun baru cina, kan cuti 4 hari . Bertolak dari Putrajaya macam biasa pukul 11 pagi nak ke tengah hari. hari Sabtu. Sejak sportrim makcik jahanam sebab langgar lubang masa balik kampung waktu malam, makcik serik dah nak buat perjalanan waktu malam. tak pasal-pasal RM 1k +++ melayang ko....sedih....

pestime gak bawak si puteh balik kampung.  hehehehe riak jap ngan orang kampung...kah..kah..kah...xbaik..xbaik berdosa riak ni...hehehehe. Biasa nya kalau kuar rumah kul 11 pagi ,kitaorang akan sampai ke kampung baru merang dalam kul 7 lebih.

memulakan perjalanan dari Putrajaya amat lah selesa. kesesakan bermula kat area Gombak.


laluan kontra di buka untuk ke Pantai timur selepas tol Gombak sehingga kawasan rehat Genting Sempah....hujan pun turun renyai2...jadi hati tu xde la panas sangat kan dalam menempuh kesesakan. Biasa lah kita kan 1 malaysia semua perayaan kita raikan.kan...kan...kan. selalu kalau balik kampung HB akan ikut jalan dalam (bukit besi ). tapi kali ni kitaorang ikut jalan pantai atas nasihat my SIL kak nor. biasalah lepas musim tengkujuh n banjir ni tentu2 jalan dalam tu banyak rosak . karang ada plak pisang berbuah dua kali....tak sanggup makcik melayang RM lagi.

Jadual makcik bila balik kampung biasalah....pegi ke Bandor...( bandar Kuala Terengganu la). mana lagi kalau bukan destinasi pasar payang. Semua kiriman kawan2 makcik selesaikan dalam tempoh sehari.....(eleh boleh caya kerrrrr) belum ada sejarah...hehehehe. Hurmmmm terpaksa gak pegi keesokan hari nya, dengan alasan nak tukar batek yang makcik rasa tersalah pilih .

Dan perkara wajib kedua adalah melantak sotong goreng tepung kat Pantai airport. tapi kali ni HB bungkus jer , hari kedua try beli kat pantai batu rakit .sebab makcik ajak HB pi jalan-jalan belakang rumah.......haaaa apa yang ada kat belakang rumah makcik tuuuu....?



sedang menunggu dalam keta makcik tertarik dengan pokok ni...macam nenas . bila tanya HB pokok apa dia pun tak tahu...makcik lagi lah tak tahu kan. bila tengok buah tu macam sedap jer bila di makan....hehehhe. tapi sudah tentu buah yang seakan nenas ni tak boleh dimakan. kalau boleh mesti dia tidak lagi bergantung-gantung di pohon nyerrr.

layan jer la gambar yang makcik snap masa perjalanan makcik ke belakang rumah yea. gambar akan membicarakan segala-gala nya.






























haaaa, cantik tak belakang rumah kampung HB makcik...tapi agak kecewa gak la .sebab musim tengkujuh waktu tu air laut agak keruh...kate HB makcik  la. sebab sebelum2 ni air pantai tu jernih jerrrr.




takde gaya langsung.......

gambar atas : tempat memproses ikan KEROPOK MENGGABANG TAPAH
gambar bawah : kedai KEROPOK MENGGABANG TAPAH masa ni customer kena beratur ,esok nyer dah kena ambik nombor ko.....(gambar diambil dari rumah my SIL kak Nor)

makcik n HB balik Putrajaya hari selasa. jalan tak jammed langsung . mungkin masih ramai yang sambung cuti sampai seminggu. dan kali ni jumlah kiriman keropok leko adalah RM 220. Kali ni giliran si puteh plak berjasa kepada kami...hehehehe .









.

Wednesday, February 15, 2012

JALAN-JALAN NEW YEAR CAMERON HIGHLAND

Perjalanan pertama makcik dengan keta baru adalah ke Cameron Highlands. Ambil keta pun seminggu sebelum tahun baru. Memang kena dengan masa nya lah kan. Memang dah kecek ngan en HB sebelum dapat keta lagi , memandangkan duit pun dah surut sikit sebab downpayment keta maka xde lah makcik minta benda yang bukan2. maka nyer bertolak lah kami ke Cameron hari sabtu sebelum malam Tahun Baru tu sebagai menunaikan hadiah en HB kepada isteri nyer yang gebu ni.......oppssss sila jangan jeles....hehehehe. 

Kitaorang ikut Simpang Pulai , sepanjang perjalanan adalah sungguh lancar tanpa sebarang kesesakan lalulintas.bertolak pun dari rumah dalam kul 11 lebih gitu. Singgah makan semua kat Kampung Baru ,barulah sambung perjalanan. Sampai kat Hotel n Check-in dalam kul 3 ptg. Berkira-kira nak kuar ke pasar malam dalam kul 5 selepas merehat-rehat kan badan dan solat. Dari tingkap hotel makcik jenguk ke jalan....Allahuakhbar...keta sudah beratur la plak......Walaupun jalan dah sesak kami tetap dengan niat asal. Alang-alang dah sampai takkan nak duduk kat dalam bilik je kan. kena sabar gak la menempuh jammed. nak mencilok , agak2 nak jatuh gaung buat la.....sampai pasar nak cari parking pulak...huhhh...last2 parking tepi jalan depan sekolah...menapak lagi.....kesesakkan adalah amat merimaskan...satu gambar pun makcik tak snap masa kat pasar....dengan hujan rintik2 lagi kan.....jadi korang layan jer la gambar yang sempat  HB makcik snap.


 
Dalam perjalanan ,hujan di separuh-separuh jalan........

trademark atau xde duit nak tukar.........?
atau penduduk kat sini tak kisah macam penduduk kat kawasan
pentadbiran makcik.......
kunun nyer hadiah harijadi........pssssttt....pestime ko, langsung 
x surprise sebab makcik yang pilih sendiri...kah...kah...kah...
strawbery...makcik bedal sorang, masam kate nyer....
perghhhh....makan malam makcik
memandangkan esok nya adalah pendaftaran sesi 1/2012 bebudak PLKN ,
HP xberenti.nak wat camna ...bini paksa p Cameron ...hohoho
ole-ole untuk member opis
takde minat nak beli, yang kat rumah pun tak terbela
sekadar hiasan....
ini lah kerja laki aku, bini pilih sayur pun ko nak snap....
ingat nak belikan bunga raya tu untuk Bonda....tapi macam pokok cacak
kat pasu jer....hurmmm beli kat Banting lagi murah
aduhhhh........dah habis plak duit makcik ni.....laki aku mmg xde kerja
view dari kia farm
Esok nya , jammed punya pasal kitaorang sarapan kat kedai depan jerrrr
inilah sarapan kitaorang...sharing is caring...padahal tak cukup.
Dah tak boleh nak pegi mana-mana...dah la jammed hujan pulak tu...
haaaa hamik ko duduk jer la kat kebun strawbery depan hotel tu yea
akhirnya menuju jalan pulang,
hanya singgah tempat2 yang ada di sepanjang perjalanan pulang
menuju simpang pulai
seronok B ... drive keta baru ?
sampai ke sini ko........ni jalan nak pegi gua musang
ohhh tidak
kat rumah dah ade
dah ada gak
perjalanan balik juga di iringi hujan renyai
rasa mcam kat Canada
interframe
hai pakwe...boleh pinjam motor tak....?
waterfall
Hotel ni la kitaorang bermalam.......RM 290++ semalam , harga masih ok
 walau masih cuti sekolah .  booking by internet
Moral nya lepas ni kalau nak pegi Cameron Highland jangan pegi masa-masa cuti . tak kira lah cuti sekolah ker, cuti raya ker, atau cuti-cuti yang lebih dari dua hari...memang tak kemana la korang. Pasni memang nak pegi lagi sebab memang tak puas hati la...banyak tempat xleh nak pegi termasuk lah ladang teh.......tapi bila yerk...?






.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...