Thursday, February 16, 2012

EDISI BALIK KAMPUNG JAUH 1/2012

Edisi balik kampung tahun ni dimulakan pada cuti tahun baru cina, kan cuti 4 hari . Bertolak dari Putrajaya macam biasa pukul 11 pagi nak ke tengah hari. hari Sabtu. Sejak sportrim makcik jahanam sebab langgar lubang masa balik kampung waktu malam, makcik serik dah nak buat perjalanan waktu malam. tak pasal-pasal RM 1k +++ melayang ko....sedih....

pestime gak bawak si puteh balik kampung.  hehehehe riak jap ngan orang kampung...kah..kah..kah...xbaik..xbaik berdosa riak ni...hehehehe. Biasa nya kalau kuar rumah kul 11 pagi ,kitaorang akan sampai ke kampung baru merang dalam kul 7 lebih.

memulakan perjalanan dari Putrajaya amat lah selesa. kesesakan bermula kat area Gombak.


laluan kontra di buka untuk ke Pantai timur selepas tol Gombak sehingga kawasan rehat Genting Sempah....hujan pun turun renyai2...jadi hati tu xde la panas sangat kan dalam menempuh kesesakan. Biasa lah kita kan 1 malaysia semua perayaan kita raikan.kan...kan...kan. selalu kalau balik kampung HB akan ikut jalan dalam (bukit besi ). tapi kali ni kitaorang ikut jalan pantai atas nasihat my SIL kak nor. biasalah lepas musim tengkujuh n banjir ni tentu2 jalan dalam tu banyak rosak . karang ada plak pisang berbuah dua kali....tak sanggup makcik melayang RM lagi.

Jadual makcik bila balik kampung biasalah....pegi ke Bandor...( bandar Kuala Terengganu la). mana lagi kalau bukan destinasi pasar payang. Semua kiriman kawan2 makcik selesaikan dalam tempoh sehari.....(eleh boleh caya kerrrrr) belum ada sejarah...hehehehe. Hurmmmm terpaksa gak pegi keesokan hari nya, dengan alasan nak tukar batek yang makcik rasa tersalah pilih .

Dan perkara wajib kedua adalah melantak sotong goreng tepung kat Pantai airport. tapi kali ni HB bungkus jer , hari kedua try beli kat pantai batu rakit .sebab makcik ajak HB pi jalan-jalan belakang rumah.......haaaa apa yang ada kat belakang rumah makcik tuuuu....?



sedang menunggu dalam keta makcik tertarik dengan pokok ni...macam nenas . bila tanya HB pokok apa dia pun tak tahu...makcik lagi lah tak tahu kan. bila tengok buah tu macam sedap jer bila di makan....hehehhe. tapi sudah tentu buah yang seakan nenas ni tak boleh dimakan. kalau boleh mesti dia tidak lagi bergantung-gantung di pohon nyerrr.

layan jer la gambar yang makcik snap masa perjalanan makcik ke belakang rumah yea. gambar akan membicarakan segala-gala nya.






























haaaa, cantik tak belakang rumah kampung HB makcik...tapi agak kecewa gak la .sebab musim tengkujuh waktu tu air laut agak keruh...kate HB makcik  la. sebab sebelum2 ni air pantai tu jernih jerrrr.




takde gaya langsung.......

gambar atas : tempat memproses ikan KEROPOK MENGGABANG TAPAH
gambar bawah : kedai KEROPOK MENGGABANG TAPAH masa ni customer kena beratur ,esok nyer dah kena ambik nombor ko.....(gambar diambil dari rumah my SIL kak Nor)

makcik n HB balik Putrajaya hari selasa. jalan tak jammed langsung . mungkin masih ramai yang sambung cuti sampai seminggu. dan kali ni jumlah kiriman keropok leko adalah RM 220. Kali ni giliran si puteh plak berjasa kepada kami...hehehehe .









.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...