Sunday, February 19, 2012

ADIK FARIS NUR DANIEL ( TUHAN BERILAH KESIHATAN KEPADA SI KECIL INI)


Petang tadi makcik BW kat senarai blog yang makcik suka baca, antara nya blog Bersama Mazidul. Makcik terbaca pasal kisah si kecil yang comel yang agak malang nasib nya berbanding kanak-kanak kecil di luar sana.Walaupun Makcik belum di beri rezeki di kurniakan anak. Tapi bila melihat keadaan dia yang penuh tiub2 di muka dan sedikit takungan air mata , luluh rasa hati makcik.
Adik Faris telah di sahkan mengidap HLH (Haemophagocytic Lymphohistiocytosis) oleh pihak Sime Darby Medical Centre Subang Jaya.

 
Sebagai seorang hamba Allah, yang dikurniakan hati dan perasaan, apakah yang anda rasa bila melihat keadaan adik faris di atas. Jom sama-sama kita hulurkan sumbangan  sekadar yang termampu untuk adik faris bagi meringankan beban keluarga nya. Sumbangan anda boleh di salur kan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail). Dan bersama-sama  lah kita hulur kan doa semoga adik faris cepat sembuh dan sihat seperti kanak-kanak lain , aminnn....
Untuk kisah yang fakta yang lebih lengkap layari blog wartawan ini.







.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...