Showing posts with label hijau. Show all posts
Showing posts with label hijau. Show all posts

Wednesday, June 06, 2012

Kenapa Putrajaya ?



 Salam semua,

Hari ni nak citer sikit pasal Putrajaya. Perghhhh....... Putrajaya beb. Makcik kan duduk Putrajaya .Dekat 4 tahun gak la makcik duduk kat tingkat 14 presint 9 ni. Kerja kat Banting duduk Putrajaya ko, Pak Mi-g nya plak kerja kat Wangsamaju...haaaa ko ada. Tiap bulan spend duit minyak mesti tak kurang RM 200. Itu kalau naik MYVI la. Tapi kekadang gatal nak berlagak naik GL jadi nya paham2 udah lerrrr. Nasib la Pak Mi-g laki makcik tu pegi keje naik motor LC bodol kesayangan dia tu...jadi nya boleh lah kecek sikit duit minyak kat dia kalau hujung2 bulan sesak  kan. hehehehe . Kalau nak citer masa perjalanan plak , paling cepat sampai ke Banting 30 minit, itu kalau atas jalan cuma ada MYVI makcik jer la...kalau kongsi dengan kenderaan lain paling cepat 45 minit itu pun kalau semua trafic light kaler ijau , lori tak mengada-ngada atas jalan dan sudah tentu nya bawak keta dengan hati yang kering........waahhhhh hebak mung...

Mesti ada yang tanya balik bila makcik cakap makcik duduk kat Putrajaya. Kenapa tak duduk Banting jurrr...Banting kan sejak akhir2 ni makin glamerrrrr......Gold Coast pun ada kat Banting tau.....hehehehe. Kekadang penat nak jawab. Sebab nya......
  1. Pak Mi-g kan kerja ngan federal , jadinya Putrajaya la lokasi kuaters yang paling hampir dengan Banting. 
  2. Kalau nak guna kuaters makcik kat Banting tu tak payah laaaaa...jaman British punya beb.
  3. Nak sewa rumah kat Banting? hurmmmm baik aku duduk Sijangkang jurrrr.
  4. Sebelum kawin lagi dah bercita-cita nak duduk Putrajaya..... kihkihkih
Sebenarnya memang seronok duduk Putrajaya ni. Walaupun hanya mampu duduk kuaters merpati ni. (kena down gred sebab stesen dia kat KL). 10 sebab kenapa makcik suka duduk Putrajaya ni.......
 
  1. view dari balkoni rumah makcik ni sangat la cantik. Makcik suka suasana pagi @ petang selepas hujan....sungguh mendamaikan .
  2. Jalan dan longkang nya takde sampah .
  3. Hari2 ada orang sapu daun2 kering kat parking.
  4. Kena bayar ganti rugi kalau ko eksiden walaupun cuma langgar signboard hump.
  5. Kalau lift rosak tak payah guna tangga sebab diaorang akan cepat2 betulkan.
  6. Dekat dengan Alamanda.
  7. Kalau nak beli makanan kat pasar kena beratur .....
  8. Penduduk nya tak suka buang sampah dari tingkap kereta.
  9. Semua beratur tunggu giliran ketika nak masuk ke simpang @ menunggu traffic light ke kiri ur ke kanan hijau.
  10. Penduduknya bawak kereta secara tertip dan hormat pemandu lain ( Xde cucuk2 belakang n himpit kereta oraang lain)
Kalau jumpa orang yang tak buat perkara 7 sampai 10 tu selalunya orang tu bukan orang yang tinggal kat Putrajaya @ baru nak belajar duduk kat Putrajaya @ memang orang tu xde kesedaran sivik dan sememangnya bengap.


 Dan yang paling best tak payah susah-susah menempuh jam nak tengok bunga api. Dengar jer bunyi terus jenguk kat balkoni....waaahhhhh...sambil minum kopi.....hehehhe






Thursday, October 06, 2011

Makcik Beli Tanah

kayo makcik nak beli tanah, kete pun tak abis bayar hahahaha.makcik nak cite pasal hobi makcik ni haa, bercucuk tanam. tenang rasanya tengok pokok-pokok yang hijau kan.tapi nak wat camna, makcik kan duduk rumah burung tingkat ke 14 jadinya amat-amat lah terhad nyer nak bercucuk tanam.selalu gak makcik beli tanah.....kampit, wat bercucuk tanam.dalam hati dah nekad kalau beli rumah xnak beli rumah burung nak beli yang landed, dan kalau boleh ada ruang tanah senang citer koner lot ke semi-d ker lagi kelas banglo, kelas ko jah ,bila la tu. Insyaallah anggan2 + usaha mesti dapatkan.

Sebelum ni macam2 dah makcik tanam tapi almaklumlah , tanam dalam pasu xcukup nutrien nyerrrr....plaknya kalau balik kampung xdo sape nak tolong siram....maknanya mampos jugek laaaaa pokok2 tu.yang terbaru makcik tanam pokok timun mini, tomato n daun cekur...wahhhh sedap nyer wat masak getek kan.hasil dah pun di kaut cuma tomato jurrr lambat berbuah.tapi timun mini tu xberapa nak sedap plak.dan yang macam makcik cakap tadi , bila balik kampung xde sape nak siram pokok2 tu maka nyer hampir mampos dahhhhhh.dan oleh kerana mentimun tu xberapa nak sedap makcik biarkan jer dia mampos. lepas ni nak tanam labu plak.hehehehe. cekur membesar dengan bangga nyer....tomato plak tinggal sepokok. makcik tinggalkan pun sbb dia tengah berbuah walaupun sebiji....jadi laaaaa




Tuesday, March 29, 2011

CANTIK TAK....???

Keterujaan betul bila tengok bunga orkid yang ai bela dua tahun lepas xberhenti berbunga. ai suke warna putih nya sebab nampak suci jurrrr......hehehehehe.

Pastu yang kat blah belakang tu bunga bonzai ai yang xberapa nak bonzai.....sayang sangat kat bunga tu.....selalunya ai botakkan tapi xsempat lagi nak botakkan......botakkan seksi......hahahahaha ai sebenarnya dah banyak kali try tanam sayur-sayuran mcm tomato dan timun tapi xpernah berjaya........xpe practise make perfect maaaa....

Jamu la mata dengan bunga ai yang xseberapa yerk.....






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...