Sunday, November 20, 2011

clarks warehouse sale

 Dah lama juga makcik tak bersiaran. Adalah penyakit malas makcik makin menjadi-jadi. Nak pegi kerja pun dah terasa amat la malas sekali. huhuhu. Kekadang nak makan pun malas...hahaha...tapi tak gak kurus nyer khan.
Ok lah di hari minggu yang cerah ni macam biasa la. makcik tinggal sorang ngan abby.selalunya ari sabtu makcik tinggal sorang. tapi minggu ni hari Ahad. mesti korag dah tau kan nape makcik selalu duk rumah sensorang weekend. HB makcik kan workerholic....kah kah kah. tapi tak kaya2 gak kan .alhamdulillah walau tak kaya, hidup senang sikit. apa nak makan semua boleh dapat.HB makcik kan kerja kat JLKN jadi nyer hujung2 tahun ni amat la sibuk. tak hujung tahun pun sibuk gak wei....
minggu ni magic sikit sbb selalu hari sabtu HB makcik kerja, hari ahad duk rumah. Tapi minggu ni lain sikit .sebabnyer...haaaaa....pagi-pagi lagi makcik dah paksa HB hantar makcik pegi tempat ni.

Dah lama makcik tunggu2 sale ni. selepas terlepas bulan Mei punya tempoh hari makcik sentiasa check kat internet. kali ni pun hampir terlepas juga sbb lama tak bukak webpage shopping n sales. terperasan pun bila terbaca komen kat scholl sale. Apalagi waktu yang dinanti2 la khannn walaupun hujung2 bulan yang tengah sesak  ko.
Makcik kan pengguna clarks. Al-maklumlah kaki makcik kan ala2 bigfoot....hanya clarks yang selesa dikaki makcik.Pastu Clarks ni kan harga dia kalau tak RM200++ bukan la clarks namanya.Makcik xboleh nak pakai vincci , nose, carlorino, sembonia n etc. Bukan xde saiz tapi xselesa.Ada la gak beli sebelum ni . Tapi 2-3 kali pakai jer la pastu sedekah kat orang xpun tgu la reput dalam almari kasut.
Makcik n HB kuar rumah kul 9.45 pagi. Sampai Jaya One dalam Kul 10.30. Parking kat depan cold storage. Nampak la banner n bunting kat area cold storage tu. xsusah cari lokasi ni walau kali pertama sampai . sampai tempat yang di tuju orang tengah beratur , ingat pendek jer barisan tu...sekali hambik ko lebih 100m punya panjang.
 Macam tak sanggup jer rasa nyer nak beratur ko. makcik n HB pun cadang pegi ke bangunan sebelah untuk scholl punya sale. Hurmmmm penat jer jalan. kasut2 yang di jual amatlah tidak menarik perhatian makcik. dan kebanyakkan nyer adalah sandal yang end of season. pegi la menapak semula ke Jaya One. Hurmmmm  camna yerk nak pegi ari ahad HB plak kerja. Ahhhh nak tak nak beratur gak la makcik n HB akhirnya.


20 minit beratur. sauna free, korang ada?

Hampir setengah 45 minit baru lah makcik berada di tempat ini . tengok la berapa panjang daaa. Sabar yer jap lagi korang sampai la kat tempat makcik berdiri sekarang ni.hehehehe

Baru Sampai kat pintu masuk kawasan parking. ada sejuk sikit la sebab ada kipas disediakan. fuhhh lega.walaupun ada lebih kurang 50 meter lagi utk masuk hall.

Adalah perlu kesabaran pada setiap orang ketika beratur dan akhirnya selepas 1 jam dapat juga saya tengok tulisan entrance tu yer. tapi ada 20 meter lagi di depan.
Dan selepas hampir 1 jam beratur dapat la juga makcik masuk ke hall. time ni ko jangan nak memilih sangat. minta jer apa yang berkenan kat mata dulu. kendian baru tolak mana yang tak best n terlebih budget.kalau pakai clarks kaki makcik jadi kecik sikit sebab mak cik pakai saiz 7 hehehee. Tapi kalau kasut lain saiz 9 ur 10... kekadang xde saiz pun....kah kah kah.Dan amat lah bertuah kerana banyak saiz yg ada saiz 7....hoorray!!!!! saiz aku banyak. Tapi disebabkan makcik pegi hari kedua banyak gak la yang dah habis stock. nasib tak pegi hari ahad.kalau x tinggal sisa2 jer la. dan nasib juga la tak pegi hari jumaat. kalau tidak semua makcik nak sebat.selepas hampir 1jam memilih akhirnya makcik sebat 2 pasang kasut n 1 pasang sandal.HB makcik biasa la xberapa minat bershopping ni. Tapi dapat gak sebat sepasang kasut. Kasut bebudak pun banyak comel2 n murah2 belaka. berbaloi-baloi. tapi makcik lum diberi rezeki anak lagi xde la makcik beli. Nak beli kan utk abby xde saiz....kihkihkih.Korang cuci mata jer la yea tgk kasut2 makcik ni hehehehe.

BEAT BLOCK ....Dah lama aim kasut ni ....Harga asal adalah RM 298 .Makcik bayar RM 180

Sandal ni saje nak menghabis duit aku kan.........Tapi sebab dia merah ku sebat juga time ni harga dia RM 150.

Cantik tak kasut laki makcik, makcik yang pilih sbb yg dia pilih xlawa langsung.....hahaha .Harga asal lebih dari RM 350 tinggal RM 190 jer.

FRUITY PORT. Dah lama gak aim kasut ni......asal pg kedai clarks aku try. akhirnya dapat gak pakai.Harga asal lebih        RM 250 tinggal RM 180
hasil sebat menyebat dah menghabiskan duit aku dan menambahkan hutang kad kredit aku. nangis nak bayar bulan depan.

" Perghhhhh....... kasut saje RM 700" . Kate laki makcik.  "Ok B lepas ni kalau uda nak beli kasut B marah yea". hahahaha. Amat la berbaloi-baloi beratur selama 1 jam. Kerana hanya membayar RM 700 untuk 4 pasang kasut clarks yang kalau ikut harga sebenar adalah RM 1300++.
Kalau makcik punya kaki macam korang tentu makcik xhabiskan sampai  RM 700 untuk beli kasut. Tapi nak wat camna anugerah Tuhan amatlah di syukuri. Kerana kaki yang ala2 bigfoot ini la makcik boleh pakai kasut mahal2 ko hahahaha.
Keluar dari cold storage adalah kul 12.59p.m. perut pun dah lapar duit pun dah habis. pegi makan kat food court kg abu bakar baginda .lepas makan terus balik rumah. adalah laki makcik akan ke pejabat juga hari sabtu itu kerana org tak berenti menelefon. dan Hari ni dengan abby juga kat rumah.....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...