Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Bengang Dohh......

Assalamualaikum.....

Haiiii...entah la. Makin membara pulak rasanya hari ni. Salah aku ker buat report kat bos pasal kontraktor buat kerja. Dah kalau kerja tak betul , yang tak betul tu juga la yang aku report. Dah terbukti nyata buat salah, takde perancangan.Macam-macam alasan di bagi. Harga tak untung la, susah nak buat la......kalau dah takde untung, tak boleh nak buat ,tolak jer la.Yang terima gak buat apa.....ramai lagi kontraktor kat luar yang nak buat. Aku lagi suka kalau di tolak.....takde memeningkan kepala otak aku. Ni tak pasal-pasal aku ngan bebudak lain bergilir-gilir kerja malam.


Bos aku yang tak pernah marah, hari ni pepagi dah naik hangin tengok opis tunggang langgang . Memang macam tak buat kerja lah.Pastu boleh plak tersentap, tak nak dah buat kerja-kerja kat sini lepas ni.....haaaaa bagus pun... bukan elok pun kerja nyer.

Tugas kitaorang memantau kerja-kerja kontraktor. Kalau kerja tak betul kitaorang tegur. Tak betul gak report pada bos. Bila big bos tegur n banding kan dengan kerja kontraktor lain boleh plak nak marah dan nak tahu sape yang report kat big bos. Peduli ape big bos tu kawan dia ker ,jiran sebelah rumah ker. Habis kerja yang tak siap depan mata ni sape nak tanggung....nak suruh aku tanggung....wahhhhh......banyak ko punya hensem. Betul la kate Aizi.... "BAIK KERJA DENGAN PENYAMUN LA DARI KERJA DENGAN GANGSTER"........terbaik.........nampaknya seminggu la makcik balik kul 12 malam.....









Sunday, June 24, 2012

Sesi meredakan marah

Assalamualaikum......

Situasi 2 hari ni memang menaikkan darah makcik. Apa yang makcik bimbangkan tentang kerja seorang kontraktor ni benar-benar berlaku. Buat kerja takde perancangan. Dan akhirnya orang entah kemana, kerja tunggang langgang.....berbakul2 dah dosa makcik hari ni maki orang. 

Yang menambahkan kesakitan hati makcik, esok dah start kerja , tapi pejabat macam baru lepas gempa bumi. Dua hari makcik pegi ofis di kala kenkawan lain berehat2 n berjalan2 dengan family. Xpe la sebab bukan selalu pun weekend makcik kerja. Semangat nak buat ofis baru. Tapi semuanya hampeh.hari pertama yang datang kerja 2 orang. itu pun kul 10.30am baru sampai Kerja banyak nak buat ni........lom kul 5 dah balik. Makcik suh esoknya dtg awal dan bawak lebih pekerja. Ya....jawab nya.....hurmmmmm....

Pagi ni kul 10am makcik sampai, satu batang hidung pekerja pun tak nampak. Tepon kepala nya......kat KL kata nya....boleh ko, haaaaa.....memang naik la darah aku. dengan opis dah tak rupa opis. Barang main letak jer kat parking YDP, simen bersepah kat garaj motor.....yang lagi best semalam siap pesan kat JAGA suh kirakan barang yang hardware nak hantar sebab dia nak balik dulu. Terbaikkkkkk...wok.

Dan yang lagi terbaikkkkk punya.......kul 6.30ptg tadi ada call masuk. cam biasa time2 hangin ni jangan la angkat memang berlori2 dosa makcik kang. SMS plak.....SALAM PUAN. SAYA BARU SAMPAI BANTING. INGAT NAK DATANG PEJABAT NAK KEMAS BARANG DENGAN SAMPAH, BOLEH DATANG KEJAP TAK.........Hamboi!!!!...woiiiii ...dah dekat kul 7 la weiiii. ko ingat aku duduk banting ker, senang2 suh aku datang kejap.memang kena bahasa la jawab nya. Ape ko hingat pagi tadi aku suka-suka datang opis, saje2 drive 1jam dari Putrajaya ke Banting, saje2 tinggal suami kat rumah......Pandai buat, Pandai-pandai la ko jawab yea.......

Sebab marahkan orang habis masin sup makcik.......kwang...kwang...kwang.

Balik rumah tengah marah-marah....nampak abby terus jer sejuk....balik.....petang marah balik . tengok plak gambar2 abby....sejuk balik......hahahahha

moh kita layan gambar abby.......


 















Friday, October 21, 2011

audit kualiti

Haaa tengok makcik dah start malas balik nak update n3. dah la penyakit malas satu badan kan.....huhuhu. tapi minggu ni memang makcik ngaku malas tahap gaban punya. kalau dari jauh tu dah nampak berseri-seri tahap kemalasannya. malas nak selak fail2 kerja n update BQ. rasanya la minggu ni makcik cuma tunjuk site kat kontraktor jur kerja mana nak buat .hurmmm pemalas sungguh kan. lagi bertambah malas bila tengok kerja2 kontraktor yang hasil nya....halamak ...dalam hati dah maki2 ----> eeee budak sekolah pun tak buat kerja mcm ni la mangkuk xde beza sebelum dan selepas .arghhhhh!!!! tension , nangis makcik.

lagi menambahkan alasan makcik untuk bermalas2an adalah benda ni.

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


 benda ni lah. makcik ni kan kunun nya juruaudit kualiti dalaman ISO. yea lah selepas letak  jawatan ketua dokumentasi ( padahal makcik dah xsanggup , sape yang sanggup weiiii. tdo xlena beb) makcik di lantik SEMULA sebagai auditor. pengsan. ade ko, xlalu nak pandang benda ni dalam waktu bermalas2 ....tapi gagahkan jugak lerrrr,sebab.......pengarah ngan makcik adalah satu group untuk tugas ni.hahahaha  nangis dalam senyum. ok jangan cuba bayangkan makcik buat camtu yea.


 group makcik audit jabatan ni n PRO. tapi makcik n pengarah audit PRO jurrr...lagi satu nyonya Lim buat sorang  hahahaha. audit yang lepas makcik audit sorang2 pun melayan si jawa tu kan.

lepas ni tunggu kedatangan SIRIM seperti biasa macam tahun2 yang lepas.....Daaaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...