Thursday, May 31, 2012

HITAM yang MANIS


Salam semua.....
Perghhh.....semua konon , macam ramai yang baca blog bodol aku ni. Menaip pun sebulan belum tentu kan, macam mana orang nak jenguk blog ni......hahahahaha
Bukan tak nak menaip dah kat blog ni , cuma masa jer yang tak mengizinkan. kalau ada pun waktu untuk menggemukkan dan merehatkan badan.
Kalau fikir pasal kerja , sampai mati pun takkan habis.......tapi kalau tak kerja mana nak dapat duitnya. Bayar keta, duit isi minyak, isi perut, dan paling utama memenuhi selera shopping seorang wanita ...wahahaha.

Untuk salam perkenalan yang dah lama xmenaip di blog ni , makcik cuma nak bagitau , memandangkan tahun 2012 ni telah di jangkakan akan berlaku nya pilihanraya....makanya kami yang bekerja di PBT ni terutama Jabatan yang menjalankan projek-projek infrastruktur adalah orang yang paling sibuk. Dan antara hasil yang makcik dapat dari kesibukan itu adalah........jeng....jeng.....jeng

"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


Haaaaaa........inilah hasil nya .Penat makcik sebelum ni menyental nak kasi putih kulit balik.......sekali sekejapan jer... wahhhhh....... manis kulit ku. Seharian menjaga kerja-kerja premix ini lah hasil nya. Dah tahu cuaca panas ,tambah plak suhu premix yang panas tu, pastu ko pi gulung plak lengan...hamik ko. Ini adalah hasil di hari pertama. Bayang kan untuk hari2 berikut nya selama 4 hari bersamaan 4 projek. Makcik tayang tangan jer la yer......muka takyah la tayang. Kalau calit milo kat muka beza sikit jerrrr...hehehehhe.
Sekarang makcik tengah berusaha mengembalikan keaslian warna kulit.....kahkahkahkah. Dan juga berusaha untuk kuruskembali seperti sebelum kawin. kurusker.....tangan kat bahu mata pandang atas....hahahha. Go Huda Go....u can do it.....






.

Wednesday, April 11, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #3





.

Tuesday, March 20, 2012

CARROT CAKE

Resepi ni atas permintaan seorang adik yang pernah praktikal kat opis makcik. sebenarnya dah lama dia minta. tapi maaf bebanyak la Yana , akak ko ni amat la pemalas nyer. tapi kerana yana, akak gagahkan juga.hehehe.nanti kalau dah buat jangan lupa hantar opis yea...

Kek yang makcik buat ni khas untuk hari jadi kakak angkat makcik, kak yati. Suami kak yati yang suh makcik buatkan khas untuk isteri tersayang. Ala... Pak Din DY catering, sape2 nak kawinkan anak ur apa2 majlis yang nak guna catering bolehlah calling2 makcik. makcik akan sampaikan pada Pak din ...harga amat berpatutan dan boleh di bincang.


BAHAN-BAHAN
200 GRAM LOBAK MERAH - PARUT HALUS
250 GRAM TEPUNG KEK
150 GRAM GULA PERANG ( KALAU SUKA MANIS BOLEH TAMBAH LAGI 50 GRAM )
200 GRAM MINYAK JAGUNG / SAYURAN
70 GRAM BADAM / WALNUT / GAJUS / KUACI CINCANG - PANGGANG SEKEJAP
70 GRAM KISMIS
3 KEPING NENAS DALAM TIN - POTONG KECIL DAN TOSKAN @ PERAH AIR NYA
4 BIJI TELUR GRED A
2 SUDU KECIL BAKING POWDER
1/2 SUDU KECIL SERBUK KAYU MANIS

CARA-CARA
1.  Campur dan ayak sekali  tepung , baking powder dan serbuk kayu manis.
2.  Pukul telur dan gula perang sampai kembang.
3.  Masukkan minyak jagung/sayuran dan pukul lagi sampai sebati.
4.  Perlahankan putaran dan masukkan bahan-bahan yang dah di ayak.
5.  Masukan lobak , kacang , kismis dan nenas dan gaul guna spatula .
6.  Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven yang dah dipanaskan dengan suhu 170'C selama 40 minit

BAHAN TOPPING
500 GRAM KRIM KEJU
125 GRAM MENTEGA
100 GRAM GULA AISING - KALAU NAK MANIS BOLEH LEBIHKAN

Cara-cara
Pukul kesemua bahan sampai sebati. dan hias kek ikut suka hati......










.

Wednesday, February 22, 2012

Monday, February 20, 2012

BIRTHDAY SURPRISE YANG TAK SURPRISE

Haaaa....nak surprise sangat, sekali ko yang ter surprise.Kah..kah...kah...alkisahnya hari ni kan hari jadi HB makcik. Konon isteri dia ni nak la wat surprise kat dia khann. Order la kek ngan Kak Zai Teratak Impian. Dah plan baikkk punya ngan kak zai, mintak kak zai delivery ke opis HB makcik kat Plaza Zetro nun. Rumah Kak zai pun area2 tu juga. Sekali bila kak zai sampai n call HB makcik suh ambik barang kat guard.....HB makcik cakap dia xde kat opis. erkkkk....( bini dia mmg tak tahu dia ada meeting kat Putrajaya sebab bini dia hari ni kuar awal....rekod hehehee) . Nak tak nak kak zai kena pecah lubang gak la bila HB makcik tanya barang apa?....... Jadi nya HB makcik kena la ambik sendiri surprise cake dia kat rumah kak Zai tengahari tadi. Wakakaka......dengan senyum simpulnya Kak Zai kate HB makcik datang rumah ambik surprise cake sendiri.Apa pun terima kasih Kak Zai sebab sudi buat kek yang sangat santek tu.........jangan tak tahu makcik dah suh HB bungkus sikit bawak balik.....tak sabar rasa nya nak balik makan kek Kak Zai buat.Korang kalau nak rasa kek yang Kak Zai buat boleh la order, tapi jenguk la dulu blog Kak Zai kat sini.

                         
Ini lah surprise cake yang makcik order untuk HB makcik. SELAMAT HARI JADI B......YANG KE 32. SEMOGA SIHAT SELALU DAN DI MURAHKAN REZEKI, boleh bawak bini pegi shopping n jalan-jalan selalu hehehehe.






.

AKSI ABBY

Cuba teka apa ada kat bawah baju merah mummy kita ni......
  
Ok kita selak sikit.......

  

Taraaaaa....kita la abby......
  

Kita suke buat camni time mummy kita iron baju. Kita selalu kena cubit sebab buat baju mummy berkedut balik.
  

   
Ini lah port terbaik saya....hangat jer... 

Mummy cakap kita dah tak kurus lagi sebab kita suka makan benda ni
Kita dah lama makan yang ni dari umur kita 4 bulan . Ini pek 4 kg yang kedua mummy kita belikan.lepas habis yang ni mummy kita cakap kena tukar yang lain pulak. Sebab bulan Mei umur kita dah cukup setahun.
Haaaa...yang ni kita baru makan tapi yang ni dah masuk kotak ke3 mummy kita belikan. Kita suka makan yang jenis ni jerr ,kita tak suke jenis lain sebab bau busukkkk.Yang ini tak busuk....
Mummy kita baru lepas cuci pinggan . saya suka kacau mummy sebab...........................
Kita nak minum air laaaaa. mummy kita selalu marah tak bagi kita minum air kat paip sebab takut kita selsema pastu tersedak air.....bahaya...tapi kita sukeee.
Lepas makan dan minum , kita kena cuci tangan yea kawan-kawan semua.
Pastikan Bersih
Kemudian jilat sampai kering.......

Ehh.... mummy kita baru balik shopping laaa.....jom kita tengok apa mummy kita beli.


Alah...... takde pun mainan untuk kita.........

Sekian dari kita....abby yang comel yang dah gemok sikit.....selamat berjumpa lagi yea kawan2.




.

Sunday, February 19, 2012

ADIK FARIS NUR DANIEL ( TUHAN BERILAH KESIHATAN KEPADA SI KECIL INI)


Petang tadi makcik BW kat senarai blog yang makcik suka baca, antara nya blog Bersama Mazidul. Makcik terbaca pasal kisah si kecil yang comel yang agak malang nasib nya berbanding kanak-kanak kecil di luar sana.Walaupun Makcik belum di beri rezeki di kurniakan anak. Tapi bila melihat keadaan dia yang penuh tiub2 di muka dan sedikit takungan air mata , luluh rasa hati makcik.
Adik Faris telah di sahkan mengidap HLH (Haemophagocytic Lymphohistiocytosis) oleh pihak Sime Darby Medical Centre Subang Jaya.

 
Sebagai seorang hamba Allah, yang dikurniakan hati dan perasaan, apakah yang anda rasa bila melihat keadaan adik faris di atas. Jom sama-sama kita hulurkan sumbangan  sekadar yang termampu untuk adik faris bagi meringankan beban keluarga nya. Sumbangan anda boleh di salur kan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail). Dan bersama-sama  lah kita hulur kan doa semoga adik faris cepat sembuh dan sihat seperti kanak-kanak lain , aminnn....
Untuk kisah yang fakta yang lebih lengkap layari blog wartawan ini.







.

Saturday, February 18, 2012

HARI KELUARGA JPPI ,MDKL

Hai lahhhh, macam xde mood jer hari ni. Bercadang-cadang nak ajak HB mengemas rumah minggu ni. Dah lama makcik tak mem vaccum dan mengemop lantai. dah berminggu gak makcik xberapa nak sihat untuk membuat kerja-kerja tu semua cuma sapu sikit-sikit jer habuk kat lantai.itu la yang terlarat Jadi bila dah rasa sihat sikit , dengan bantuan en. HB makcik ingat nak mengemas minggu ni, tapiiii.........HB makcik ada kem pulak kat PD hari sabtu dan ahad. rasa nya mata ni dah tak mampu nak menahan menengok habuk2 tu.almaklum lah makcik kan duduk rumah merpati tingkat 14. tepi jalan pulak tu....tutup tingkat pun habuk suka menyinggah dengan jaya nya.

Ok itu runggutan sebagai pembuka bicara.......sebenar nya makcik nak mengomel pasal hari keluarga kat opis makcik haaaa minggu lepas. Hari kejadian pada 11 dan 12 februari 2012. setiap tahun memang opis makcik akan buat hari keluarga. dan ini kali ke 3 makcik join. sebab nyer sebelum ni makcik duduk jabatan lain yang bos nyer tak best langsung + senteng. oppsss terlebih sudah...kali ni kitaorang buat kat SHAH RESORT VILLAGE Port Dickson.selalu nya hujung2 tahun kitaorang dah buat family day ni. tapi memandangkan comitment memasing tak mengizinkan , yealah hujung2 tahun dengan budak nak start sekolah , lagi pun ada staff yang nak buat kenduri kawin. anjak punya anjak dapat la tarikh tu.
  
bebudak kat opis makcik memang sporting n giler2 semua. boleh sakit perut layan diaorang ni. jadi layan la gambar yang tak berapa nak   elok ni.

 


game ni nama nya dadu beracun.lama betul nak menang asyik dapat no. ganjil jerrrr....hampeh

gelak beso pengarah kitaorang. sian bos jadi bujang sekejap. family semua kat Australia.

ready for lari dalam guni. acara wajib beb. mau gelak guling2 lepas tengok balik video....berbagai2 aksi .




hebat tak laki makcik.....hahahaha

jangan la nangis mira...

"kitaorang main tipu pun dapat no. 3 kerrr".....errrkkk

nak tau game ape ni........haaaaaa



taraaaa.....!!!! game ni nama musang berjanggut. haaa berjanggut la korang asingkan biji kacang tu yea.


bersungguh-sungguh yea kawan-kawan

semangat laki makcik nak tarik tali...


memasing body builder tapi kalah ......cehhh

pengarah bagi ucapan...kejap jer yea bos pasni kitaorang nak buli bebudak ex-praktikal plak

ehhh... korang nampak pink laaaa.

ni la bebudak opis makcik yang selalu buat huru-hara kat opis.

sangat cantik pemandangan kat SHAH RESORT VILLAGE ni.













.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...