Thursday, October 06, 2011

KOLEKSI PARFUM

MINYAK WANGI------>WANITA......xdapat dipisahkan. dulu aku xheran ngan parfum ni.time sekolah, time kat PUO sampai la kerja xdo nye aku heran .tapi makcik still wangi tau walau xmandi 2 hari....geliiiii.
tahun ketiga kerja barulah berjinak-jinak ngan minyak wangi.nak tau minyak wangi pertama makcik...?
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
haaaa ni la dia .....women of earth from avon (creadit to mr google)

lepas pada tu sikit demi sikit makcik jadi gile minyak wangi tapi xdela segile bff makcik. makcik suriawatty.....penuh meja makeup dengan minyak wangi.time study sanggup xmakan semata2 nak beli minyak wangi ko....
berbalik kepada citer makcik,minyak wangi yang paling makcik suke bau dia "Tender Poison" from christian Dior dah habis pun...tapi malangnya dah xde di pasaran..sedih
minyak wangi ni pun harga nyer boleh tahan....kena fikir 2,3 kali gak nak beli.tapi kalau dah suke berapa pun sanggup beb.haaaaa tapi itu tiga tahun lepas. sekarang makcik semakin bijak.....muntah. kalau dulu RM 300 boleh dapat sebotol jurrrr sekarang tidak lagi wahhhhhh dengan RM 300 makcik leh dapat berbotol2 termasuk laki makcik punya.petuanya pegi la beli di jualan gudang METROJAYA hehehehe.selalunya makcik pegi yang kat stadium melawati. kekadang ada gak dia wat kat PICC tapi mcm xbest sebab xbanyak pilihan.terbaru makcik sebat I LOVE LOVE dari MOSCHINO yang dah lama makcik puja kan akhirnya dapat dengan harga RM88 sahaja untuk 100ml yang harga asal nyer RM 200++.orang kata bau xkelal lama klu beli kat wholesale....makcik kata tidak ok jurrrr...sampai ke petang ko.layan jur la koleksi makcik ni yer...

ini untuk laki makcik CK-RM 35(100ml) n GIVENCHY-RM 115 (100ml)

cantek kan botol dia

untuk makcik MOSCHINO- RM88 (100ml) n VERA WANG-RM40 (50ml)

ini sebahagian koleksi makcik yang masih ada isi itu pun ada yang sipi-sipi

ini laki makcik punya....bini dia yang ajar semua ni hehehehe

koleksi kami yang xseberapa

Makcik Beli Tanah

kayo makcik nak beli tanah, kete pun tak abis bayar hahahaha.makcik nak cite pasal hobi makcik ni haa, bercucuk tanam. tenang rasanya tengok pokok-pokok yang hijau kan.tapi nak wat camna, makcik kan duduk rumah burung tingkat ke 14 jadinya amat-amat lah terhad nyer nak bercucuk tanam.selalu gak makcik beli tanah.....kampit, wat bercucuk tanam.dalam hati dah nekad kalau beli rumah xnak beli rumah burung nak beli yang landed, dan kalau boleh ada ruang tanah senang citer koner lot ke semi-d ker lagi kelas banglo, kelas ko jah ,bila la tu. Insyaallah anggan2 + usaha mesti dapatkan.

Sebelum ni macam2 dah makcik tanam tapi almaklumlah , tanam dalam pasu xcukup nutrien nyerrrr....plaknya kalau balik kampung xdo sape nak tolong siram....maknanya mampos jugek laaaaa pokok2 tu.yang terbaru makcik tanam pokok timun mini, tomato n daun cekur...wahhhh sedap nyer wat masak getek kan.hasil dah pun di kaut cuma tomato jurrr lambat berbuah.tapi timun mini tu xberapa nak sedap plak.dan yang macam makcik cakap tadi , bila balik kampung xde sape nak siram pokok2 tu maka nyer hampir mampos dahhhhhh.dan oleh kerana mentimun tu xberapa nak sedap makcik biarkan jer dia mampos. lepas ni nak tanam labu plak.hehehehe. cekur membesar dengan bangga nyer....tomato plak tinggal sepokok. makcik tinggalkan pun sbb dia tengah berbuah walaupun sebiji....jadi laaaaa




Wednesday, October 05, 2011

RAYA KITAORANG

Lamanya makcik tak update...gile la malas tahap gaban.kunun dulu nak rajin update blog.rupe nye malas gak macam dulu ,start belajar2 jadi blogger 2006 ade la 2,3x bercerita kat blog ,sekali hamek ko 2010 baru bukak balik. dari gemok ke kurus ke gemok balik. dari bujang dah kawin...hurmmmm malas ooo malas.

Yang ni sebab makcik malas ,orang dah nak raya haji ko baru nak citer pasal raya.Ok..raya tahun ni macam biasa la pujuk laki makcik raya kat sijangkang gak walaupun tahun2 sudah raya kat kampung makcik gak hahahaha kejam x. hurrrr xsanggup rasanya nak raya kat merang. serupa xraya walaupun raya kat rumah makcik cuma sehari jurrrr. lain hari duduk rumah tengok TV n tunggu anak buah n cucu datang.Jangan tak caya makcik dah ramai cucu ko.

Tapi makcik xdelah kejam beno dengan laki makcik.Raya ke-3 balik gak ke Merang menempuh perjalanan selama 8 jam. kematu punggung makcik ko.Disebabkan tiap2 tahun raya pertama kat rumah makcik, jadinya raya kat merang lame la sikit n selalunya hampir seminggu gak la.Lagipun makcik bukan selalu balik merang.Ok la tu.Best nyer balik merang ni ,leh shopping kat pasar payang..........beli batik la.........kan berazam nak kumpul koleksi batik hehehehe.Hari khamis makcik n hubby dah gerak balik ke merang. Abby makcik letak kat sijangkang ,bonda ai jaga. berat tul hati nak tinggal abby.nak bawak jauh plak kesian kat dia. Mula2 makcik ingatkan nak nak cuti sampai hari rabu.....tapiiiiiiiiiii........xboleh plak sebab makcik n the gang ada konvensyen KIK peringkat negeri selangor. Jadi terpaksalah balik hari selasa......cuti lama pun xtenang beb memikirkan konvensyen tu.....perghhhhh.walaupun xmenang ,kami tetap menang di hati sendiri, wahhhhhhhh muntah. disebabkan makcik sibuk berkonvensyen n berkampung kat shah alam selama 3 hari berturut  n laki mak pon outstation ke mersing ari sabtu baru makcik jenguk abby kat kampung. masa nak balik mak ai plak yang sedih bila makcik nak bawak abby balik...huhuhuhu. apa pun layan jer la gambar buruk raya makcik ni.....


kelas anak ko jah....nak minta ampun pun peace dulu

hensem menantu bongsu mak ni...........muntah

macam jadi.......

guna kamera adik je la....... makcik kan baru beli kamera yuna...merah ko ,kelasss

eh.....habis bateri ke ape camera ko ni man......? haaaa sbb tu semua cam gediks, laki mak juga maintain macho...konon

Tuesday, August 16, 2011

ABBY COMEL- layan je la .....

SEMINGGU SAYA GI KERJA NGAN MUMMY ,TDO DALAM KETA
CAK!!!!! SAYA BARU PANDAI JALAN
SAYA DAH PANDAI PANJAT-PANJAT......
SAYA TENGAH MERAJUK NI.........
MAKANAN PERTAMA SAYA....SAYA XSUKA MAKAN LAAAA

JANGAN TENGOK SAYA TENGAH WEEWEE..........


HOBI SAYA GEGET ORANG...NGEEEEE
COMEL X SAYA....?
TERBANG DALAM MIMPI


CEDAP NYERRRR

MINUM CAM NI LAGI CEDAP ..

SEDIA UNTUK MENGGEGET....

HAMIK KO......

SAYA DAH BESAR DAN KEDING SEBAB SAYA TAK SUKA MAKAN


BESAR PENAMPOR




MANJA-MANJA TIME.....

Tuesday, May 10, 2011

SELAMAT HARI IBU

ai sebenarnya dah lama tak balik kampung adalah dalam sebulan padahal bukan jauh sangat pun kampung tu....hehehehhe. Tapi disebabkan aktiviti weekend yang padat jadilah ianya alasan. Ikut perancangan mmg nak balik ari sabtu mgu sudah ,sbb nak sambut hari ibu .tapi last minit dpt call dari merang kakak ipar nak datang, jadi macam serba salah jer nak balik kampung. So mcm terpaksa tunda rancangan .nak balik mgu depan kena jaga org buat kerja lantai kat opis plak.....dalam fikiran bilalah aku nak balik kampung ni hurmmmm. Pagi ahad ai dapat sms dari mak mok ( panggilan utk kakak ai...hehehe)...."balik x? mak buat bancaan " (orang jawa tau la makna bancaan tu)...aduhhhh, camna ni yerk..ai pun call la hubby ai (time ni hubby ai dah kat kedai mamak) tanya org merang kul berapa nak sampai? bila hubby ai ckp petang kot...ai pun apa lagi berdesup la balik kampung sbb dia dah izinkan balik n dia yang akan tgu kakak dia sampai. Kakak ipar ai senang jurrr...dia kalau datang KL mesti ada tujuan, samada nak beli barang2 utk butik andaman dia ur nak tengok pameran xpun ada kursus. Syukur jenis xkesah ......Janji dengan hubby ai petang dalam kul 6 ai sampai la rumah.Hari tu mak buat masak-masak sikit untuk bancaan kakak yang dah semakin sihat dan untuk mak yang masih diberi kesihatan walau umur dah 75 tahun.



Khas untuk ibuku Paijah binti Jaii terima kasih kerana menjaga kami hingga menjadi 'orang'.....Pengorbanan kerana membesarkan kami yang ramai ni dengan pelbagai karenah. Alhamdulilah walaupun kami tidak dapat pelajaran setinggi diharapkan berkat doa emak kami semua berjaya dengan kerjaya masing-masing. Amin.... Semoga emak sihat selalu dan bahagia bersama anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit.....Kami semua sayangkan emak.....muahhhhh. (Jangan dikesah dressing mak ai yang sempoi .apa pun mak aii tetap comel macam anak dia...ngeeee)


KEK COKLAT BLUEBERRY KHAS BUAT MAK WALAUPUN MAK XSUKA MAKAN KEK XPE KITAORG MAKAN HEHEHEH



DOA SYUKUR DARI EMAK DAN DOA KEBAHAGIAAN UNTUK ANAK-ANAK



EMAK AI YANG SEMPOI KENA PAKSA NGAN CUCU SUH POTONG KEK...POTONG NENEK JANGAN TAK POTONG...


MAKAN TIME...!!!!!!

Tuesday, March 29, 2011

GO GO GENTING...

Nak dijadikan cite , sebenarnya memang dah cadang nak pegi genting ni lama dah. . Almaklumlah.... laki ai ni bz ckt dalam bulan2 tertentu. Dengan outstation ke kem2 seluruh malaysia lagi......Dalam rancang2 tu kami dah comfirm nak pegi 5 dan 6 mac 2011. Tapi semua kuasa Tuhan kan ai masuk spital plak 3 mac tu.Plaknya kuar pun 6 mac maka jadinya cuti di wad 2A je la.


Tapi disebabkan hati dah lama berkobar nak ke genting kami pegi gak la minggu depannya. Terlupa plak waktu tu cuti sekolah. Maklumlah anak xde apatah lagi yang bersekolah jadi xde la ambik tau pasal cuti2 sekolah ni. Fuhhhh dengan semangat nya 12 mac tu pun kami panjat la gunung genting tu......sekali bilik semua penuh daaaaa.....kami turun dengan hampa. Xpe sekurang2nya dapat gak hirup udara berkabus kat genting tu....waaahhhhh.

Oleh kerana xnak hampa buat yang ke 3 kalinya start jer kerja ai suruh lerrr laki ai booking hotel awal2. Bukan ai xleh booking, tapi almaklumlah PC ai kat opis tu dari kurun ke 19 buat sakit jiwa jurrrr.


Maka dengan rasminya kami pun pergi lah bercuti ke genting pada minggu sudah. Terujanya tengok kabus2 yang sejuk ya amat. menggigil xhengat. Batak plak rasanya hehehehhe .bukan xpernah pegi , masa bujang dulu selalu la pegi sebab arwah bos ai suka buat kursus kat genting ni.Sebab sejuk katenya idea senang datang, padahal nak pegi karaoke. Dah arwah pun bos ai, tapi dia lah bos yang paling best n sporting ,al-fatihah untuk dia.


Dah hampir 3 tahun ai kawin, ni la first time ai naik genting dengan my hubby......kesian.ai seram juga nak naik triler game kat sana tapi sebab rasa rugi plak kalau xcuba , gagah kan diri gak la. Mula2 takut, bila dah pekena rasa nak naik lagi walau masa naik tu rasa macam nyawa dah tertinggal kat belakang. Turun dari genting selepas maghrib dengan hati yang puas dan rasa gayat yang masih berbaki.......xpe ok lagi rumah ai pun tingkat 14.....hehehehe Selamat bertemu kembali Genting.





view from my room.......

cantik kan awan tu.....
permandangan Kuala Lumpur dari puncak Genting

usah dikesah dengan muka ai yang sememangnya bolat......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...